Followers

Saturday, June 18, 2011

Majlis kad Nikah Arif

SELAMAT PENGANTIN BARU
ARIF DAN NORA

Alhamdulillah, dah sempurna majlis akad nikah antara keduanya selepas solat Jumaat
di Masjid Kg Padang Siam,Tanah Merah.
Syukur sempat menghadiri majlis tersebut.
Majlisnya sungguh mudah, ringkas dan tentunya paling diberkati Allah SWT.

Orang setempat berjumpanya.
Sama2 berasal dari Tanah Merah.
Mereka masih muda.
Baru 23 tahun.
Tetapi cukup matang gayanya.
Sama2 belajar di sekolah rendah dan menengah yang sama.
Berlanjutan hubungannya selepas Arif bergelar mahasiswa.
Tak mahu berlama, mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin.
Eloklah. Ikut ayahnya Arif , Mohd Shukri yang juga bernikah muda, 23 tahun.
Bahagia hingga ke hujung usia hendaknya.

Pengantin perempuan Nora, ketika tiba di masjid Padang Siam.
Cantik u, patutlah Arif tergiler2kan kau...

Nampak lagi cantik...
Patutlah Arif tergiler2 kau Nora.
Eh Eh mana ada, Kata Arif "Nora yang tergiler2kannya"
EH Tak mengaku, pada hal dua2 sukalah tu.
sebab tu dua ni bernikah.
Tak apalah dah selamatpun.
Hidup baru bermula ni.
"Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya yang tersebut".
Dengan sekali lafaz, sahlah hubungan dua merpati ini.
Syukurlah .
Maka bersedih dan menangislah segala syaitan dan iblis apabila termeterainya ikatan yang suci ini.

Khutbah nikah sedang dibacakan.
Nora turut mendengarnya.
Lafaz pengantin lelaki yang dibacakan kepada pengantin perempuan oleh  jurunikah.
Jelas dan terang peraturan dan hak2 kedua insan dalam perkahwinan sebagaimana yang disusun oleh Allah SWT.
Bagusnya, yang ni aku tak pernah tengok dalam banyak2 majlis akad nikah yang dihadiri.
Berkati hidup kedua mempelai ini.
Arif mencium dahi Nora.
Sama cantik sama padan.
Sama muda sama jelita.

Nora mencim tangan suami tanda taat setia.
Duduklah baik2 ya.
Sabar paling utama dalam hidup berumahtangga.
Bersama ayah ibu dan keluarga sebelah Arif yang turut serta dalam majlis petang semalam.
Mana aku? Tak nampak pun.
Aku ambik gambarlah.
Jadi camera womenlah pulak.
Maklum dah ada Nikon D90.
Ah oklah, untuk arif dan Nora.
Sebelum aku bertolak ke Hong Kong.
Selesai di masjid, kami ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan.
Sempat terus aku suruh mereka naik pelamin yang sepatutnya untuk esok.
Esok majlis berlarak pengantin lelaki ke rumah ni, aku tak ada.
Apa lagi, snap snap snap la.
Handsome dan comel betul anak sedara aku ni.
Baiklah tu, lemah lembut dan sangat menghormati orang tua.
Patutlah ayah Norapun suka kat Arif.

Semoga menjadi isteri yang baik.
Wanita bertuah yang dapat memiliki Arif, anak sedara aku yang handsime tu.
Melepaslah orang lain.
Semoga berbahagia.
Hidup baru bermula dengan perkahwinan ini.
Bersama ayah dan bonda Arif.
Sukanya dapat menantu.
Tak lama lagi jadi atuk dan mama tok lah ya.
Bagus betul abang aku ni, positif 200 peratus sokmo.
Anak nak kawin muda pun positif.
Alah...dia dulu pun kahwin muda, anak ikiut la. He he he
Bapak borek anak rintik...tepat sekali.
Amboiii...sukanya dua mempelai ni.
jenuhlah kena usik dengan bapa saudara dan mak saudara.Tersipu2 dibuatnya.
Keluarga Arif...
Doa mengiringi mereka berdua.
berbahagia hingga ke syurga.
Bersma mama tok Arif...insyaallah setahun lagi dapat cicitlah.

Oklah, Selamat semuanya.
Hari ni majlis berlarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Dari Hong Kong aku doakan untuk mereka berdua.


ARIF DAN NORA,
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Thursday, June 16, 2011

Bertemu Sahabat Lama


Salam bahagia.
Kat mana? Mungkin on the way ke ofis.
Mungkin masih di rumah.
Mungkin sedang berjogging.
Mungkin sedang mendengar radio.
Aku dalam kereta. Nak gi mana CDM?
Baru dpt sms drpd rakan kongsi waktu WST 181 memotong keretanya.
Ooopss sori, tak perasan potong laju kereta downline.
hi hi hi...mana lagi pagi2 ni ke Kota Damansarale hantar anak ke sekolah.
Dah jadi rutin kami suami isteri.
Jauhnya CDM hantar anak sekolah kat mana?
'Alah bisa tegal biasa', dah lakukan tiap2 hari kami rasa tak jauh lagi.
Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina.
Ini baru Kota Damansara demi mencari yang terbaik untuk anak2.
Ingat tahun depan, nak share dengan kawan2 yang jika ada
yang nak hantar ke ISSKD.
Bagus sekolah ni.
Aku sangat berpuas hati.
Terbaik pada aku setakat yang aku mampu.

Ini nak share dengan kengkawan blog, pasal kawan kami ni.
ingat aku dah hampir 16 tahun tak berjumpa sejak 1995.
Kami berkawan baik ketika sama2 tinggal di Pekan Pahang.
Mohd Hatta Pegawai Pertanian sementara Sofiah isterinya bekerja di Public Bank.
Mereka suami isteri sangat baik.
Kami bersama2 aktif dalam JIM kat Pekan. Sama2 aktif berusrah sana sini, qiamullail
dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan penduduk pekan.

Tetapi kami terpisah apabila Hatta (panggilan kami untuknya)
berpindah ke kuantan, sementara aku pula berpindah ke KL
apabila Dzul menyambung pengajian di UPM.
Hatta, Sofiah dan dua orang anak mereka.
Lamanya tak berjumpa.
Sekarang mereka menetap di Cameron Highland.
Hatta masih di Jabatan Pertanian, sementara Sofiah dah berhenti kerja apabila mereka
mendapat anak pertama.
Pertemuan 15 minit sahaja di Cameron Highland ketika CDM Convention tempoh hari.
Mereka nak berangkat ke KL.
Nak bawa anak yang kedua untuk berjumpa pakar perubatan kerana masalah kesihatan.
Insyaallah lepas ni boleh berjumpa lagi.

Happy dapat berjumpa kawan lama. walaupun pertemuan itu hanya seketika, tetapi ia cukup bermakna.
Maklum, setelah sedemikian lama tidak bersua,
berjumpa dalam keadaan yang masing2 sudah berbeza.

Allah jua yang menyusun pertemuan ini.
Semoga terus terjalin ikatan murni antara kita.
Salam kasih sayang.

Wednesday, June 15, 2011

Ruang Tamu 1


Salam.
Dua minggu yang lepas ada kawan dari Sg Buloh datang berkunjung ke rumah.
Kali pertama datang.
Mereka mengkagumi hiasan dalaman rumah ku.
Dan meminta aku menulis tentang setiap ruang sebagai entry blogku.
Aku memang minat menghias rumah.
Setiap hari aku mesti membelak majalah decor.
Setiap hari juga aku meneliti kedudukan hiasan dalaman di rumahku.
jika pergi shopping, barangan hiasan rumah akan mencuri perhatianku
berbanding bahagian lain.
Begitu juga apabila melancong ke luar negara, pasti barangan hiasan akan di bawa pulang.
Gaya Inggeris menjadi pilihan sejak dulu.
Aku amat meminatinya.

Sebenarnya tujuan dipaparkan ini bukan untuk menunjuk.
Semuanya milik Allah belaka.
Hanya berkongsi saja.
Mungkin menjadi panduan berguna buat mereka yang sedang mencari idea.
Boleh tiru andainya suka.
Lau tak suka pun tak apa. Hik hik hik...

Pandangan dari pintu masuk utama.
Ruang yang menjadi tempat aku menghabiskan masa di waktu pagi,
membelek barang hiasan, menyusan atur, mengelap habuk dan debu.
Inilah ruang tamu utama. Konsep suai padan.
Rumah ku adalah syurga bagi kami sekeluarga.
Rumah ini kami diami pada bulan Disember 2004.
Bandar Kinrara Puchong.
Sebelum itu kami menetap di Rawang Selangor, rumah sendiri juga.
Dibeli dengan harga RM550 000.
Semuanya hasil pendapatan tahun pertama join perniagaan ini.
Syukur kepada Allah SWT. Inilah hasil penat lelah.
Alhamdulillah.
Mana mungkin aku memiliki rumah ini dengan gaji RM3500 sewaktu makan gaji dulu.

Langsir scallop pilihan hati.
Sebelum tu langsir jenis lain.
Dah 4 kali tukar patern langsir sejak tinggal di sini.
Aku memang minat langsir.
Hubby kata aku hantu langsir...huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Tapi dia puji gak kata aku pandai menghias rumah.
Ratu hatinya...sukalah tu.
TQ darling.


Cermin hiasan di pintu masuk ruang tamu utama.
Dulu hanya menjadi idaman ketika aku membelek2 majalah hiasan dalaman
seperti Anjung Seri, Impiana, Wanita, Keluarga, Jelita dan lain2
Apabila berniaga dengan AT 181, aku menghabiskan hampir RM22 000 untuk
cermin hiasan dinding sahaja.
Impian hidup...semuanya perlukan wang.


Konsol meja bercermin.
Ini hadapan pintu masuk utama.
Ruang yang paling aku suka. Bukan untuk lepak2 tetapi menjamu mata.
Hilang penat aku apabila melangkah masuk ke syurga idaman.
Ya Allah, Engkau jua yang memiliki hati ini.
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur atas kurniaanMu.
Sofa di ruang tamu utama 3 seater.
Kami jarang lepak di ruang ini.

Hanya tetamu yang duduk di sini.
Aku dan anak2 lebih selesa di ruang tamu kedua.
Lebih santai dan selesa bagi aku dan anak2.
Nanti kita tengok untuk entry seterusnya untuk ruang tamu kedua dan ketiga.
Nanti jengok2lah blog ni.
Banyaklagi nak kongsikan dengan kengkawan semua.
Grandfather chair, kesukaan ku.
Kombinasi dengan dua set sofa tiga tempat duduk dan bench
3 seater..
aku tak berapa suka sofa yang set penuh.
Lebih menarik jika dikombinasikan. Maka terhasillah seperti yang seadanya.
Inilah hasil daripada suka membelek majalah hiasan dalaman dan meninjau galeri perabot.

Sofa 3 seater, juga koleksi kesayangan.
Aku beli di sebuah galeri perabot Bella di Petaling Jaya.
Harganya taklah mahal sangat dalam RM4500 je.
Inipun aku kena tempah, dalam dua bulan baru siap.
Sapa nak gi galeri perabot ni...meh aku temankan.
Itupun jika kau orang berkenan la.
Dah ada empat lima orang kawan yang minta nak beli set ni apabila
mereka berkunjung ke rumah ni,
akhirnya aku baea ke Bella Galeri Furniture.Wah...jadi dealer la pulak.

Pandangan ruang tamu utama menghala ke pintu masuk utama.
Cantik tak?
Rumah ni dah beberapa orang Cina nak beli dengan harga lebih RM1 Juta.
Baik punya pelaburan. Dah untung sekali ganda kalau jual.
Mereka kata rumah ni feng shui sangat bagus punya.
Oongg sangat baik punya.
Pemilik tuan punya rumah ini boleh terus jadi kaya hingga 23 tahun yang akan datang.
Fuyoooo...aku tak adalah percaya benda ni tetapi ramai sangat jiran Cina yang datang kata macam tu.
Bench 3 seater.
Aku tambah dengan hiasan kusyen2 besar dan kecil.
Yang ini aku beli kat Fella Design lebih kurang tiga tahun lalu.
Kat depan tu ambal yang aku beli masa melancong ke Perth Australia pada
tahun2005 yang lalu.

Hiasan kusyen2 besar dan kecil sebagai aksesori tambahan untuk bench tadi.
Kusyen2 ni aku beli di H&R Craft Gombak.
Aku dah jadi customer kedai ni. Selalu aku ke kedainya jika kebetulan aku ke Gombak.
Selalu Harlina tuan punya H&R Craft sms aku jika ada special offer kat kedai dia.
Terima kasih ya Harlina.
Bangga aku atas kejayaan bangsa sendiri membuka kedai perabot dan sudah bertahan hampir 15 tahun.
Inilah yang kita mahu. Mesti berniaga dan tahan kepada cabaran dalam perniagaan.


Set cermin hiasan di hadapan pintu masuk utama.
Di samping almari hiasan rendah yang dihiasi dengan pelbagai piring hiasan.
Sebahagian piring hiasan ini aku beli semasa lawatan ke luar negara.
Aku juga meminati piring hiasan...
hampir setiap destinasi yang dilawati ada piring hiasannya.
Ada yang bagi komen, patutnya pinggan dan piring kat dapur je bukan kat dinding
atau dalam almari hiasan.
"Apa aku kisah?"
Rumah aku, pinggan aku, duit aku...aku punya pasallah.
Pinggan kat rumah kau, kat dapur ke, kat atas kepala ke, kau punya pasallah.
Sorry ya, geram kadang2. he he he emotional sikit....
Nak buat macam mana, kita berbeza kan.
Jika tak suka diam je. Jika suka tiru.
Yang penting aku buat kerja yang tak berdosa.Untuk kepuasan sendiri.
Sebab memang bukan semua orang sama. Rambut pun dah banyak colour, bukan semua
hitam apa lagi hati dan perasaan.
Suatu lagi sudut hiasan kesayangan ku.
Berhampiran pintu utama gak.
Diatasnya aku susun dengan gambar2 anak2 dan keluarga.
Banyak koleksi gambar dari anak2 masih bayi sampai dah besar panjang ni.

Gambar keluarga yang diambil pada hari raya tahun 2009 yang lalu.
My lovely family.
Empat orang anak...ingat nak tambah gak tapi dah 4series ni, tak larat la pulak.
Cukup lah tu...jayakan yang empat ni sampai mereka berjaya dan kaya raya.
Semua nak jadi macam mama, hebat dan bergaya serta kaya.
ha ha ha..semangat juang ku memang mengalir dalam diri anak2.
Sorry le ya...tak pandai lak aku nak adjust Nikon ni...terlebih cahaya.
so gambarnya jadi macam ni.
Foto tahun 2008 yang lalu.
Foto ni digantung lama kat kedai Tokyo Foto di Kajang, jadi macam contoh pada customer.
Apabila ada kawan bagi tau, aku terus gi beli. Mana lah aku tau...Malunya.
Ada ke patut, tak bagi tau nak tayang kat kedai dia.
Coffee table di ruang tamu utama, dari jenis kayu merbau.
Berat ni, sakit pinggang jugak la kalau nak angkat, tapi kalau makan Cellgernic sakit pinggangnya hilanglah.
bagus sangat Cellgernic ni, sumber kesihatan diri dan sumber awet muda.
sesuai untuk lelaki dan wanita."Wajib makan tau".
Boleh call aku jika nak order...016 2212181.

Jambangan bunga atas meja sisi sebelah bench.
Aku tempah di SSF.
Selalu gak aku ke SSF Sg Buloh atau Jalan Tungku Abdul Rahman.
Kalau dah gi sana, berjam2pun tak sedar.
Jambangan bunga atas meja cermin ruang hadapan pintu utama.
Yang ni aku tempah dengan Atie Craft di Puchong Perdana.
Jambangan ni pula aku beli di British Home Puchong Jaya.
Dah lama dah ni...
Piring hiasan corak Inggeris serta riben fabrik.
Menjadikan dinding lebih manis dan bergaya.
Pinggan hiasan dinding...
Tak ada dinding yang kosong dah.

Frame gambar aku beli di Tokyo merakamkan detik kenangan ketika mengerjakan
haji tahun 2009 yang lalu.
Aku rindu nak gi haji lagi.
Insyaallah, jika ada rezeki aku mohon segera diangkat lagi menjadi tetamuNya di Tanah Suci.
Aku rindu kaabah.

Frame ni aku beli kat Sogo...juga aku letakkan gambar2 di Tanah Suci ketika haji dulu.
Setiap kali melihat gambar ni aku berdoa supaya aku akan sampai ke sana lagi.
AMINNNN.

Foto anak2... Aimi, Adib dan Irah digantung di dinding naik ke tingkat atas
Kenangan sepanjang hayat. Cepat sungguh anak2 membesar.
Rasa baru lagi melayan karenah ketika bayi dan kanak2
Rupanya baru aku sedar...aku sudah semakin tua....hik hik hik
Tak lama lagi boleh jadi nenek dengan atuk laaa.

Frame silver ni aku beli kat Paris ketika melancong ke sana tahun 2008 yang lalu.
Aku gantungkan gambar anak2.
Empat permata hati...
Aimi dah 20 tahun
Adib 17 tahun
Irah 13 tahun
Aisyah 9 tahun.
Kenangan di Kota Paris 2008 yang lalu.
My lovely hubby.
Hak milik kekal Allah SWT.
Semuanya pinjaman semata2.

Ambal yang menghiasi karpet di depan pintu masuk utama ni aku beli di Sydney.
Harganya kalau tak silap 400 dollar Sydney.
Kalau ada kanak2 datang, mereka pasti akan berguling2 di atas ambal ni.
best kata mereka. Bulunya tebal u.
Memang sedap la pijak,,,tenggelam kaki.

Ambal dibeli di Perth.
Permaidana merah tu pulak dibeli di Madinah waktu mengerjakan umrah 2007 yang lalu.
Hiasan2 kecil bnyak kat rumah aku ni. Jika kawan2 bawa anak kecil, mereka risau
sangat takut pecah. Tetapi setakat ni tak adalah yang pecah pulak. Anak2 aku sejak kecil lagi tak pernah usik sebarang hiasan rumah. Tempat bermain dah ada. Mereka tak akan kacau barang2 kesayangan aku,
Kita kena tahu disiplinkan anak2.
Mereka bagai kain putih. Kita yang mencorakkannya.
Yang ni aku beli di Lovely Lace.

Comelnya...juga koleksi dari Lovely Lace.
Lilin berhiasa reben...cantikkan!
Aku gantung hiasan ropol beriben  kristal ni pada frame gambar.
Atau boleh juga digantung pada apa2 hiasan dinding untuk menambahkan seri dinding.
Pasti hasilnya berbeza.
Yang ini pula aku gantungkan pada meja konsul.
Meja konsul tambah berseri.
Hampir setiap tombol almari atau meja aku gantungkan dengan hiasan comel ni.
Berwarna krim...manis dan lembut.
Tak perlu ke luar negara untuk mencari hisan cantik. yang ni pun koleksi
Lovely Lace, harga dalam RM17 je satu.
Tengok...ini pintu stor tetapi aku tak biarkan kosong.
Aku tambahkan dengan table runner dan hiasan gantung yang dibeli di Mekah.
Pintu stor dah naik taraf macam pintu bilik pengantin u...
Hiasan gantung dibeli sebagai souvenir dari Tokyo.
Ketika melancong ke sana
september 2009 lalu.
Pandangan penuh pintu stor yang dihias.
Stor ni terletak sebelah tangga berhampiran rung tamu utaama.
Alangkah hambarnya jika dibiarkan kosong.

Hiasan kaca sepasang kaki lilin ini aku beli ketika melancong ke Switzerland.
Pinggan hiasan di atas konsul table,
Pinggan ni aku beli di Tokyo dulu.
Lagi koleksi piring hiasan kesayangnya.
Dibeli di switzerland dan dua pinggan di belakang aku beli sebagai kenang2an
sewaktu ke Amsterdam 2008 dulu.
Bestnya ke Amsterdam. Ni nak gi lagi. Jom sapa nak ikut?
Call ya, jangan segan2.
Kenangan dari Amsterdam.

Souvenir dari Luzern Switzerland.

Yang ni dari England, aku kirimkan melalui abangku
Dato' Hj Azmi Mohd Ali, ketika mereka ke sana empat tahun lalu.
Bangga aku dengan kejayaan abang kandung kedua ni.
Lawyer bertaraf antarabangsa.
Inilah anak didik ibu dan ayah.

Piring ni comel je, saiz pun comel gak..
Kenangan dari Sydney 2009 yang lalu.
Kenangan sempena Ulang Tahun Hai O ke 17
tahun 2009.

Ok lah tu...habis dah semua hiasan dan ruang di ruang tamu utama aku dah snapp untuk
aku kongsikan di ruangan ini.
Nanti jika ada masa, aku snapp pula ruang tamu ke dua, ruang tamu ketiga, ruang makan,
dapur kering, tingkat atas dan lain2.
Sorry yoooo...mencuri pandangan anda kali ini.

Aku ak keluar dah ni. Jam 1 tengah hari ni ada appoiment jumpa prospek kat McD dekat sekolah VI, KL.
Bye bye.Ta ta ...