Followers

Thursday, June 16, 2011

Bertemu Sahabat Lama


Salam bahagia.
Kat mana? Mungkin on the way ke ofis.
Mungkin masih di rumah.
Mungkin sedang berjogging.
Mungkin sedang mendengar radio.
Aku dalam kereta. Nak gi mana CDM?
Baru dpt sms drpd rakan kongsi waktu WST 181 memotong keretanya.
Ooopss sori, tak perasan potong laju kereta downline.
hi hi hi...mana lagi pagi2 ni ke Kota Damansarale hantar anak ke sekolah.
Dah jadi rutin kami suami isteri.
Jauhnya CDM hantar anak sekolah kat mana?
'Alah bisa tegal biasa', dah lakukan tiap2 hari kami rasa tak jauh lagi.
Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina.
Ini baru Kota Damansara demi mencari yang terbaik untuk anak2.
Ingat tahun depan, nak share dengan kawan2 yang jika ada
yang nak hantar ke ISSKD.
Bagus sekolah ni.
Aku sangat berpuas hati.
Terbaik pada aku setakat yang aku mampu.

Ini nak share dengan kengkawan blog, pasal kawan kami ni.
ingat aku dah hampir 16 tahun tak berjumpa sejak 1995.
Kami berkawan baik ketika sama2 tinggal di Pekan Pahang.
Mohd Hatta Pegawai Pertanian sementara Sofiah isterinya bekerja di Public Bank.
Mereka suami isteri sangat baik.
Kami bersama2 aktif dalam JIM kat Pekan. Sama2 aktif berusrah sana sini, qiamullail
dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan penduduk pekan.

Tetapi kami terpisah apabila Hatta (panggilan kami untuknya)
berpindah ke kuantan, sementara aku pula berpindah ke KL
apabila Dzul menyambung pengajian di UPM.
Hatta, Sofiah dan dua orang anak mereka.
Lamanya tak berjumpa.
Sekarang mereka menetap di Cameron Highland.
Hatta masih di Jabatan Pertanian, sementara Sofiah dah berhenti kerja apabila mereka
mendapat anak pertama.
Pertemuan 15 minit sahaja di Cameron Highland ketika CDM Convention tempoh hari.
Mereka nak berangkat ke KL.
Nak bawa anak yang kedua untuk berjumpa pakar perubatan kerana masalah kesihatan.
Insyaallah lepas ni boleh berjumpa lagi.

Happy dapat berjumpa kawan lama. walaupun pertemuan itu hanya seketika, tetapi ia cukup bermakna.
Maklum, setelah sedemikian lama tidak bersua,
berjumpa dalam keadaan yang masing2 sudah berbeza.

Allah jua yang menyusun pertemuan ini.
Semoga terus terjalin ikatan murni antara kita.
Salam kasih sayang.

1 comment: