Followers

Saturday, June 18, 2011

Majlis kad Nikah Arif

SELAMAT PENGANTIN BARU
ARIF DAN NORA

Alhamdulillah, dah sempurna majlis akad nikah antara keduanya selepas solat Jumaat
di Masjid Kg Padang Siam,Tanah Merah.
Syukur sempat menghadiri majlis tersebut.
Majlisnya sungguh mudah, ringkas dan tentunya paling diberkati Allah SWT.

Orang setempat berjumpanya.
Sama2 berasal dari Tanah Merah.
Mereka masih muda.
Baru 23 tahun.
Tetapi cukup matang gayanya.
Sama2 belajar di sekolah rendah dan menengah yang sama.
Berlanjutan hubungannya selepas Arif bergelar mahasiswa.
Tak mahu berlama, mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin.
Eloklah. Ikut ayahnya Arif , Mohd Shukri yang juga bernikah muda, 23 tahun.
Bahagia hingga ke hujung usia hendaknya.

Pengantin perempuan Nora, ketika tiba di masjid Padang Siam.
Cantik u, patutlah Arif tergiler2kan kau...

Nampak lagi cantik...
Patutlah Arif tergiler2 kau Nora.
Eh Eh mana ada, Kata Arif "Nora yang tergiler2kannya"
EH Tak mengaku, pada hal dua2 sukalah tu.
sebab tu dua ni bernikah.
Tak apalah dah selamatpun.
Hidup baru bermula ni.
"Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya yang tersebut".
Dengan sekali lafaz, sahlah hubungan dua merpati ini.
Syukurlah .
Maka bersedih dan menangislah segala syaitan dan iblis apabila termeterainya ikatan yang suci ini.

Khutbah nikah sedang dibacakan.
Nora turut mendengarnya.
Lafaz pengantin lelaki yang dibacakan kepada pengantin perempuan oleh  jurunikah.
Jelas dan terang peraturan dan hak2 kedua insan dalam perkahwinan sebagaimana yang disusun oleh Allah SWT.
Bagusnya, yang ni aku tak pernah tengok dalam banyak2 majlis akad nikah yang dihadiri.
Berkati hidup kedua mempelai ini.
Arif mencium dahi Nora.
Sama cantik sama padan.
Sama muda sama jelita.

Nora mencim tangan suami tanda taat setia.
Duduklah baik2 ya.
Sabar paling utama dalam hidup berumahtangga.
Bersama ayah ibu dan keluarga sebelah Arif yang turut serta dalam majlis petang semalam.
Mana aku? Tak nampak pun.
Aku ambik gambarlah.
Jadi camera womenlah pulak.
Maklum dah ada Nikon D90.
Ah oklah, untuk arif dan Nora.
Sebelum aku bertolak ke Hong Kong.
Selesai di masjid, kami ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan.
Sempat terus aku suruh mereka naik pelamin yang sepatutnya untuk esok.
Esok majlis berlarak pengantin lelaki ke rumah ni, aku tak ada.
Apa lagi, snap snap snap la.
Handsome dan comel betul anak sedara aku ni.
Baiklah tu, lemah lembut dan sangat menghormati orang tua.
Patutlah ayah Norapun suka kat Arif.

Semoga menjadi isteri yang baik.
Wanita bertuah yang dapat memiliki Arif, anak sedara aku yang handsime tu.
Melepaslah orang lain.
Semoga berbahagia.
Hidup baru bermula dengan perkahwinan ini.
Bersama ayah dan bonda Arif.
Sukanya dapat menantu.
Tak lama lagi jadi atuk dan mama tok lah ya.
Bagus betul abang aku ni, positif 200 peratus sokmo.
Anak nak kawin muda pun positif.
Alah...dia dulu pun kahwin muda, anak ikiut la. He he he
Bapak borek anak rintik...tepat sekali.
Amboiii...sukanya dua mempelai ni.
jenuhlah kena usik dengan bapa saudara dan mak saudara.Tersipu2 dibuatnya.
Keluarga Arif...
Doa mengiringi mereka berdua.
berbahagia hingga ke syurga.
Bersma mama tok Arif...insyaallah setahun lagi dapat cicitlah.

Oklah, Selamat semuanya.
Hari ni majlis berlarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Dari Hong Kong aku doakan untuk mereka berdua.


ARIF DAN NORA,
SELAMAT PENGANTIN BARU.

No comments:

Post a Comment