Followers

Tuesday, September 27, 2011

Nur Sofea Kawanku

Nur Sofea Bt Mohd Sufian,kawan baikku buat selama2nya.
Kawan baikku ialah Nur Sofea atau panggilan manjanya Sofea.
Dia adalah seorang budak yang sabar,pelawak,penyayang dan membuat orang ketawa tebahak2.
Dia disenangi oleh orang kerana akan sikapnya yang baik,sabar dan penyayang.
Dia berkawan denganku pada 30 ogos di sekolah IISSP.
Dulu nama sekolahku IISKD tetapi ditukarkan kepada bangunan di Sunway Damansara kerana owner sekolah IISKD mahu bangunan itu balik.
Dulu kawanku Nur Zaharina menjadi pilihanku.
Sayangnya sikapnya tidak disenangi oleh orang.
Kalau sikapnya baik tentulah disenangi orang.
Nur Sofea selalu membuat saya gembira.
Insyallah,persahabatan kami tidak lagi bergaduh.

Keesokan harinya aku pergi ke sekolah dengan menaiki kereta Mercedez Benz.
Saya berasa terkejut apabila pagi itu,sahabat baikku marah kepadaku.
Dia memarahiku kerana saya melukakan hatinya.
Pada hari itu saya tidak buat apa2.
Dia mahu membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan kami.
Aku berasa sedih.
Aku kehilangannya buat selama2nya.
Tiadalah aku lagi kawan.

Sunday, September 18, 2011

Ku Berdoa untuk Ibu Bapaku

Alhamdulillah...
Panjang umur ibu bapaku.
Bertuahnya dapat ibu bapa.
Ayah dan ibuku mendidikku.
Ayah,janganlah engkau memukulku kerana kenakalanku.
Ibu,janganlah engkau memarahiku kerana kedegilanku.
Ayah dan ibu,kusentiasa berdoa untukmu agar engkau berubah menjadi ibu bapa yang baik seperti ibu bapa lain.
Ayah,maafkanlah aku.
Ibu juga,ampunkanlah dosa2ku.
Maafkanlah aku jika aku ada buat salah.
Ibu,jadilah ibu yang baik.
Amin....

Wednesday, September 14, 2011

Tuah Dan Gilfriend Barunya

Malam2 Tuah selalu dok ngintai gilfriend barunya tu,Puteh.
Puteh pun rindu Tuah.
Tuah pun rindu Puteh.
Gilfriend dia dulu Comel.
Pandangan Tuah beralih ke Puteh.
Selalunya dulu gi malam2 dengan Comel.
Tuah tak minat dengan Comel lagi.
Comel kasar manakala Puteh lemah lembut dan ayu....
Bila keluargaku sudah naik atas cepat2 dia gi jumpa Puteh.
Kelakarnya....
hik...hik...hik..
"Mana Puteh ni...kata pukul 8.00 malam.."
Tuah menunggu Puteh sehingga Tuah tertidor.
Ding..dong..ding..dong..
Tuah bangun cepat.
Mula la tu.
Nak tahu siapa?
Puteh!!!
Dia panggil ayahku untuk pergi jalan2 dengan Puteh.
Sebelum tu ayahku menasihatkan Tuah
Kata ayahku"Tuah balik pukul 10.00 yeah"
'sekejapnya'
Kata Tuah dalam hatinya.
Tuah nak keluar dengan Puteh lama..
Tapi ayahku tidak kasi.
Bimbang ayahkuTuah diculik.
Sbelum Tuah pergi,Tuah salam dulu dengan ayahku.
ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..
Tua terkejut kenapa abangku,kakakku,mamaku,aku,ayahku serta kak hom.
Sebab Tuah salam dengan ayahku.
ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha

Ini bukan ceritaku tapi cerita rekaku!!!!
Ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..
Kelakar cerita saya ni?
Kalau nak dengar lagi nanti saya reka lagi.
Best dengar cerita saya?
Ha..ha..ha..ha..
ok..
byelah..
Assalamualaikumwwarahmattullahiwwabarakatu

Wednesday, September 7, 2011

Meriahnya!!

Meriahnya!!
Kenapa meriah?
Sebab apa?
Sebab hari ni ada jamuan!!
Nanti boleh main dengan budak2.
Bila main dengan budak-budak,tak sunyilah aku.
Dah letihla nak taip.
Esok jelah taip.
Bye...
Sorry...

Jamuan

Salam..
Hari ini ada jamuan.
Datanglah rumah CDM FARIDAH.
Pagi ni cuci dekat kolam ikan.
Sebab hari ini ada jamuan.
Sebab tulah nak cuci tempat kolam ikan.
Lepastu kemas kat dalam rumah.
Lepastu...
apa lagi yeah.
Hah mak saya tolong memasak.
Sebab hari ni ada jamuan.
Budak2 main dekat atas.
Nanti boleh main dengan anak anti Yati.
Datang tau.
Kalau ramai2 best.
Betul tak?
 Kesian tuah..
Malam nanti dia tak dilayan.
Duduk kat dalam sangkar je.
Datang yeah.
Pukul 7.00p.m ataupun 8.00p.m.
Nak pakai baju apa yeah?
Hah!!
Pakai baju rayalah.
Nanti boleh kasi dress saya dekat Dania.
Saya punya dress ada saiz Dania.
"Yang Sofea punya dress yang Kak Aisyah nak kasi tu tak boleh.Masih muat lagi untuk Kak Aisyah.Lagipun Anti Faridah tak kasi dekat Sofea.Yang dress warna biru saiz kecil muat la untuk Dania..Sorry yeah Sofea"
Kata saya pada Sofea pada minggu lepasx6.
Ehh..tukar topic pulak.
He..he..he..
Kalau nak buat kad jemputan pun dipanggilkan membazir.
Lebih baik tak yah buat kad jemputan.
 
Assalamualaikumwwarahmmatullahiwwabarakatu....
Bye...

Monday, September 5, 2011

Rindunya Kawan Lamaku

Ohh...rindunya kawan lamaku iaitu Maisarah Nabila,Nur Batrisyia dan Che Wan Ummi Anisha.
Maisarah,Batrisyia dan Anisha sekolah di At-tamimi International Islamic Shool di USJ manakala saya sekolah di Kota Damansara.
Saya sudah 9 bulan tidak jumpa mereka.
Sangat rindu dekat diaorang!!
Kalaulah mereka sekolah bersamaku.
Sedangkan saya sekolah di Kota Damansara,saya tiada kawan dan kesunyian.
Hanya mereka(Maisarah,Batrisyia dan Anisha)sahaja kawan saya.

Adakah mereka rindu kat saya?
Adakah cikgu2 disitu rindu saya?
"Mama nak visit At-tamimi.Boleh tak"
Masa kita bersama selalu bermain,
bersembang,
berbincang,
berkawan.

Saya terlupa meminta no.telefon mereka.
Maisarah berasa sedih bila saya berpisah.
Bila anak Anti Kartini,Amira datang ke rumah saya,
saya menyuruh Amira menghantar sepucuk surat yang istimewa.
Anda tahu kenapa saya suruh Amira.
Sebab Amira sekolah di At-tamimi dan Maisarah sekolah di At-tamimi.
Sebab itulah saya suruh Amirah hantar sepucuk surat  kepada Maisarah bila  dia datang rumah saya.
Anda sekarang faham?
Kalau anda tak faham,baca dari atas hingga ke paragraph di sini.
Kalau anda rasa sedih baca tentang ini suroh anak anti yati datang rumah cdm Faridah biar anak Cdm Faridah tak bosan.
Hi.. hi..hi
Is your feeling sad,happy or angry?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabbarakatu!!!
Suruh anak anti yati datang rumah Cdm Faridah hari ini!!!
Call sekarang!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 3, 2011

Sepupu Kesayanganku

Hai!!!
Apa khabar?
Dah lama dah tak menjenguk blog saya.
Maaf ye.
Hari ini saya mahu menceritakan seseorang sepupu saya yang paling saya sayang.
Ia itu anak che sah(Hanisah Mohd Ali)
Nama anak che sah yang paling bongsu ialah Hani Qistina Delaila Bt Mohd Ali.

Semasa saya beraya saya begitu rapat dengan sepupu saya.
Entah sebab apa.
Tiba2 je rapat dengan dia (Hani Qistina Delaila).

Inilah dia Hani Qistina Delaila
Bt Mohd Ali.
Ramai orang kata dia ni comel.




Ini saya,cek nor dan Hani Qistina Delaila.
Kalau balik kampung Kelantan mesti rapat.

Aikkk...peliknya.
Selalunya Qistina kalau tangkap gambar tak senyum.
Ehh.pandai dia senyum
Eeee..geramnya Qistina ni!!!!
Saya tiada adik,Qistina pun tiada adik.
Dia anak bongsu, saya pun anak bongsu.
Sama2 tiada adik.
Sebab tu kut kami rapat.


Selalunya datang rumah Qistina main dan makan sahaja
Kalau balik kampung...
Ermmm......
Kesian,tiada adik.