Followers

Tuesday, March 29, 2011

Doakan Anak2 Kita

Salam bahagia.
Salam untuk ibu2 yang berbahagia.
Di mana anda hari ini?
Walau di mana jua kita berada, sebagai ibu maka setiap detik dan nafas selagi kita masih berdenyut,
maka sentiasalah berdoa untuk anak2 kita.
Doakan keselamatan anak2 kita.
Doakan mereka dijauhi musibah dan bahaya.
Doakan mereka agar sentiasa terpelihara imannya.
Doakan mereka selamat daripada ancaman kejahatan manusia.
Doakan mereka terpelihara daripada musuh syaitan durjana.
Doakan anak2 kita agar sentiasa memelihara solatnya.
Doakan mereka tetap sujud hanya kepada Allah yang Esa.
Doakan agar tetap lurus di jalan yang benar.

Doakanlah untuk anak2 kita semua agar mereka berjaya.
Doakan mereka terang hati dalam menuntut ilmu.
Doakan mereka mudah menerima ilmu yang baik.
Doakan agar mereka memberikan tumpuan kepada pendidikan yang mereka terima baik di sekolah, di pusat tiusyen, di kolej, di maktab, di pondok, di universiti dan di mana sahaja.
Doakan mereka berjaya dengan cemerlang bukan hanya cukup2 makan sahaja.

Doakan untuk anak2 kita doa2 yang baik untuk kehidupan mereka.
Doakan mereka mendapat pekerjaan yang baik.
Doakan anak2 kita mendapat rezeki yang berkat dan berpanjangan.
Doakan perniagaan atau kerjaya anak2 kta berkembang maju dan berdaya saing.
Doakan anak2 kita mempunyai daya ketahanan untuk menempuh kehidupan.

Doakan anak2 kita mendapat jodoh yang soleh atau solehah dalam hidup mereka.
Doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke se hujung nyawa.
Doakan perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati dangan limpahan cahaya iman.
Doakan anak2 kita mampu memberikan kebaikan dan manfaat kepada kehidupan orang lain.
Doakanlah anak2 kita terus menjadi anak yang berbakti kepada kita walaupun mereka sudah berkeluarga.

Wahai ibu2 hebat.
Wahai ibu2 terpilih.
Wahai ibu2 pilihan Allah.
Doa kita tiada hijab.
Doa kita tiada pendinding.
Doa kita tiada sekatan.
Doakanlah anak2 kita setiap detik, setiap ketika, setiap saat.
Semoga dengan doa itu, anak2 kita lebih mendapat kejayaan di dunia dan akhirat kerana doa ibu.
Dahsyatnya doa ibu.

Berbeza Rupanya.

Rupa-rupanya Begitu
Bagi wanita, mereka banyak bersikap tidak apa dengan sikap 'diam' suami mereka
lalu buat tidak kisah tentang banyak hal dalam hubungan suami isteri.

Bagi lelaki, mereka banyak berdiam diri bimbang isteri marah atau berjauh hati jika ditegur
tentang perkara yang mereka tidak senang dalam hubungan suami isteri
dengan harapan isteri akan memahaminya sendiri.

Monday, March 28, 2011

Rupa-rupanya Begitu...

Bagi wanita,  cinta dan keintiman adalah proses sepanjang hayat.
Memperkatakan tentang cinta dalam hubungan suami isteri setiap masa adalah
suatu kepuasan bagi wanita yang membuat mereka merasa perkahwinan mereka bertambah bahagia.

Bagi lelaki, mereka tidak perlu memperkatakan tentang cinta.
Ia tidak perlu dilafazkan apalagi diungkap dengan kata2.
Ia hanya akan diperkatakan apabila timbul masalah dalam perhubungan mereka berdua.

Kita Mendapat Apa Yang Kita Beri

Kita suka tolong orang, Allah akan sentiasa menolong kita.
Kita suka bantu orang, Allah akan sentiasa membantu kita.
Kita berbuat baik kepada orang, Allah akan membalas kebaikan kepada kita.
Kita suka menyusahkan orang, Allah akan menimpa kesusahan kepada kita.
Kita sekat rezeki orang, Allah pasti menyekat rezeki kita.
Kita suka menjatuhkan orang, allah akan menjatuhkan kita.
Kita suka mengaibkan orang, Allah akan membuka keaiban kita.
Apa yang kita perbuat, akan kembali kepada diri kita sendiri.

Sunday, March 27, 2011

Setiap Hari Melayan Tuah





Jangan Biarkan Bosan Berlarutan

JENDELA HATI FARIDAH

Sudah lama berkahwin, bosan dengan rutin hidup? Jemu dengan pasangan?
Setiap hari menjalani kehidupan yang serupa dan tidak berbeza?
Letih menguruskan rumahtangga, pekerjaan, melayani anak2 sehingga kepada tahap yang amat membosankan?
Malahan ada yang sudah kritikal terutama apabila berhadapan dengan sikap
suami atau isteri yang tidak mahu berubah?

Jangan biarkan rasa bosan bertandang terlalu lama di dalam fikiran anda.
Fikiran negatif jangan dilayan.
Rasa mahu berpisah mungkin datang menjengah dalam fikiran tetapi anda harus rasional.
Matang dan bijaksanalah dalam bertindak. Jangan terlalu emosional.

Beberapa tips di bawah boleh dilakukan untuk menghalau perasaan bosan itu. Anataranya ialah

* KENANGAN INDAH DAN BAHAGIA
Kebahagiaan bukan boleh dibina dalam masa sehari.
Tetapi nak meruntuhkannya cukup dengan satu patah perkataan sahaja.
Cuba anda kenangkan, betapa lamanya anda mengambil masa untuk menuai cinta
bersama kekasih anda dulu sehingga dia menjadi pasangan anda kini.
Saat anda berkenalan, berjumpa, berpisah, merindui, berpisang, saling berjauhan, melepaskan rindu, bertemu, kemudian mula diikat dengan ikatan melalui merisik, meminang, melalui detik indah di alam pertunangan.
Bagaimana pula anda mempersiapkan diri melangkah ke alam perkahwinan,
Debarnya menanti saat dinikahkan di depan imam, disandingkan, disuap pulut semangat,
direnjis dan dipilis diusik sebagai pengantin baru.

Kemudian anda berdua melalui indah asyik masyuknya alam bulan madu,
fantasinya hanya anda berdua yang mengerti, ketika itu dunia ini anda yang punya.
Alangkah indahnya alam perkahwinan dirasakan ketika itu.
 Bayangkan pula saat anda berdua menimang cahaya mata pertama.
Kali pertama menataap wajah comel hasil buah cinta anda berdua.

Tentu sekali anda merasa sangat bahagia.
Jujurlah pada diri anda sendiri, Sanggupkah anda korbankan semua kebahagiaan itu dengan perpisahan.
Berbahagiakah anda dengan perpisahan dan kehidupan baru selepas berpisah?
Belum pasti tentunya.
Ini semua menyebabkan anda tidak terlalu mudah membiarkan rasa bosan menguasai diri
dan membiarkan keputusan untuk berpisah berpihak kepada anda.


* LUPAKAN KESILAPANNYA DAN MAAFKAN DIRINYA
Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Pasangan kita bukanlah manusia yang serba sempurna. Kita juga bukanlah manusia yang serba betul.
andainya kita boleh melupakan kesilapannya dan memaafkan dirinya, maka perkahwinan kita boleh diselamatkan.
Jika pasangan kita telah memohon maaf kepada kita dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,
maka bersedialah untuk memberi peluang kedua kepadanya.
Ingatlah, mungkin ini harinya. Mungkin kita juga akan melakukan kesilapan dan meminta peluang kedua daripadanya.
Apa salahnya kita memberikan peluang itu.
Ingatlah. pasangan kita bukanlah Mr atau Mrs Perfect atau Mr atau Mrs Right yang tidak pernah melakukan kesilapan. Dia juga bukanlah seorang yang maasom yang serba sempurna yang mewarisi sifat
Nabi Muhammad SAW.
Pasangan kita seperti juga kita adalah manusia biasa yang terdedah kepada kealpaan,
kelalaian, tekanan dan pengaruh serta kelemahan diri.
Mungkin kita sangat sakit hati dengan kesalahannya kepada kita. Tetapi di sanalah adanya pengorbanan.
Kebahagiaan akan wujud kerana adanya pengorbanan.

*JANGAN MEMBEBEL
Tidak banyakfaedah yang diperolehi melalui aktiviti membebel kecuali pasangan akan bosan dengan anda.
Anak2 turut merasa kebosanan dengan fenomena membebel yang tidak henti2.
Hentikan aktiviti yang melelahkan ini.
Ia menyebabkan suasana rumahtangga dan perkahwinan anda suram, membosankan dan melalui
detik2 yang sangat mengecewakan. Tukarkan kepada suasana baru yang lebih positif seperti aktiviti
berkelah bersama2, keluar riadah bersama2,  membeli belah berdua-duaan, balik ke kampung sebulan sekali,
mengerjakan umrah atau mengaji bersama2.
Aktiviti2 ini lebih memberikan manfaat yang lebih menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa.
Berpakatlah dengan pasangan anda. Mintalah sokongannya untuk anda mengubah sikap dan tabiat buruk yang tidak disenanginya. jika anda bercakap dengan baik, pasti dia akan menyokong anda.
Semoga warna perkahwinan anda mulai berubah dengan menyingkirkankan kebosanan yang sekian lama singgah di dalam rumahtangga anda.
Berusahalah.

* BERBULAN MADU KALI KEDUA TANPA ANAK2
Rutin kerja yang tidak pernah habis, beban mendidik anak2 kecil yang ramai dan tugas rumahtangga
yang tidak berkesudahan menimbulkan rasa bosan yang berlarutan. Ambillah cuti bersama dan pergilah berbulan madu kali kedua tanpa membawa anak2 bersama.
Tak perlu keluar negara jika tak cukup belanja. Dalam negara pun boleh.
Bercutilah sepuasnya. Dalam percutiannya, berbincanglah banyak perkara dari hatike hati agar segala kebuntuan selesai.
Rapatkan kembali hubungan yang renggang dek kesibukan masing2.
Hangatkan kembali dengan nostalgia indah2 sepanjang perkahwinan anda berdua.
Nikmatilah sepuasnya tanpa gangguan anak2 kecil.

* KEHIDUPAN BARU
Andainya tahap kebosanan anda begitu serius sehingga perkahwinan anda hampir ke nokhtahnya,
maka anda perlu membuat perubahan drastik untuk kehidupan baru.
Ramai yang merasa tidak tahan dengan campurtangan mertua jika anda terus tinggal bersama keluarga
mertua. maka langkah sebaiknya ialah berpindah segera ke rumah sendiri.
Boleh juga mengambil tindakan untuk berpindah ke kawasan lain yang jauh daripada keluarga
asalkan rumahtangga anda boleh diselamatkan. Berbincanglah dengan pasangan anda.
ketika ini jangan dengan lagi kata2 keluarga yang menyebabkan kerukunan perkahwinan
anga tergugat. Suasana baru dengantempat baru atau rumah sendiri mungkin boleh
menyelamatkan perkahwinan anda.




Friday, March 25, 2011

MENULIS

SEHARI SATU MUKA SURAT LAMA2 MENJADI BUKU
MEMILIH BIDANG DAN FOKUS.

Berdasarkan pengalaman pekerjaan kita.
Berdasarkan kecenderungan kita.
Berdasarkan hobi dan kesukaan kita.
Berdasarkan kemahiran dan skills yang kita ada.
Tidak semestinya mengikut kelulusan atau ijazah kita.
secara mudahnya mesti berdasarkan kekuatan yang kita miliki.
Kemudian pilih lah sama ada jenis fiksyen atau non fiksyen

Tuesday, March 22, 2011

Melayan Tuah

Salam kebahagiaan sekeluarga.

Lihatlah gambar2 di bawah. Anak2ku melayan Tuah macam
melayan adik mereka
sendiri. Beginilah lagak mereka setiap hari.
Bangun tidur Tuah.
Nak pergi sekolah Tuah.
Balik sekolah Tuah.
Nak tidur Tuah.
Tuah dilayan dengan cukup baik oleh Irah. Beginilah setiap hari.
Ni pulak Aisyah. Bermain dengan Tuah berjam2 pun tak apa.
Tuah lari Aisyah ikut.
Tuah naik atas Aisyah ikut.
Tuah tidur aisyah dodoikan.
Tuah bangun Aisyah mandikan.
Aisyah dan Irah cukup sayang dengan Tuah.

Sebelum ke sekolah, Aisyah bagi makan Tuah dulu.
Melayan Tuah adalah kepuasan dan kebahagiaan bagi aisyah dan Irah.

Tuah minum air Bio Aura.
Irah mendukong Tuah setiap hari. Macam mendukong adik.
Anak2 memang menyayangi Tuah.
Bermain dengan Tuah.Memeluk Tuah.
Mendodoi Tuah.
Mencium Tuah.

Tips Rumahtangga Bahagia


JENDELA HATI FARIDAH

Selamat Pengantin Baru
Nik Mohd Samhan dan Hasni

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang paling suci dan mulia di dalam Islam.
Pembentukan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan bermula dengan hubungan
komunikasi yang baik antara suami dan isteri sebagai watak utama dalam perkahwinan.
Peranan kedua2nya adalah sangat penting dalam mencapai sebuah perkahwinan yang sejahtera.

Hampir 21 tahun bersama di alam rumahtangga.
Bukan tidak pernah berselisihfaham, bermasam muka atau merajuk.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri yang berbeza watak dan
peribadinya berada di dalam satu bumbung melayari kehidupan.
Maka hari in,beberapa tips akan aku kongsikan dengan sesiapa jua yang melayari  blog ini.

* SENTIASA SENYUM
Senyuman akan menggembirakan semua orang yang memandang kita termasuk pasangan kita.
Setiap orang mahu dicintai dan dikasihi.
Senyuman ikhlas akan mengahrumkan hubungan suami isteri.
segala penat lelah keluar bekerja akan hilang apabila melihat isteri melemparkan senyuman manis kepada suami.
Bukankah dulu suami terpikat kepada kita lantaran senyuman manis itu?
Bukankah senyuman yang melirik itu yang menyebabkan suami menyenangi kita lalu berusaha untuk mengorak langkah memikat kita sehingga kita jatuh cinta dan berkahwin denganny?
Ingat, janganlah menunjukkanmuka yang masam dan kelat kepada suami walaupun kita terlalu letih, penat atau marah. Ukirlah senyuman seikhlas hati anda tatkala anda masuk ke kereta ketika
suami mengambil anda di pejabat, ciumlah tangannya menandaakan anda terus taat dan mencintainya.
Elakkan membawa masalah pejabat, masalan rakan dengan suami kita.

Suami juga layanlah isteri yang sama2 penat dengan senyuman anda.
Balaslah senyuman isteri dengan senyuman anda pula.
.Jangan lempiaskan kemarahan dengan urusan pejabat kepada isteri dan anak2.
Isteri terlalu lembut perasaannya dan layanilah dia dengan selembut2nya.
Kekerasan tidak diperlukan dalam membina rumahtangga yang bahagia.
Sebaliknya layanan yang mesra, senyuman yang memikat, keikhlasan hati dan
bersedia untuk berkhidmat menjadi petua berguna yang sangat penting dalam
membina rumahtangga yang sejahtera.
Cintanya pasti berkekalan untuk kita.I
nilah tips penting yang terus menyemarakkan cinta dan kasih sayang yang menjadi
petua berguna untuk kekal bahagia dan sejahtera. Alangkah indahnya rumahtangga kita.


* MENJAGA PENAMPILAN
Isteri yang kemas, cantik, sentiasa wangi, sopan dan berbudi bahasa menjadi penyenang hati dan menggembirakan suami.
Sambutlah kepulangan suami dengan keadaan yang ceria dan gembira.
Ini menjadi daya tarikan yang memikat hati suami.
Jangan biarkan suami melihat kita selekeh, tidak terurus, berpakaian ala kadar, bersarung batik dan T Shirt
sahaja setiap kali dia tiba di rumah.
Bau2an ketika memasak hendaklah dibersihkan apabila bersama suami.
Jangan pula berlebih2an dalam penampilan kita sehingga suami merasa juak dengan kita.
Cukuplah dengan pakaian yang kemas dan sopan, solekan yang tipis, wangian yang lembut dan
wajah yang sentiasa ceria. Ini akan membuatkan suami bangga dan sentiasa merasa selesa dan
menjadikan hubungan suami isteri lebih rapat dan mesra.

* TIDAK MENGGANGGU TIDURNYA
Aku sangat ingat pesan ibuku. Katanya dulu sewaktu aku mula2 melangsungkan perkahwinan
"Jangan diganggu ketika suami sedang berehat atau tidur".

Dan aku terus mengamalkannya sehingga saat ini selama hampir 21 tahun perkahwinan kami.
Jika suami kita sedang berehat dan tidur, jangan sekali2 mengganggunya.
Jagalah anak2 supaya tidak bising yang boleh menggangu tidur dan rehatnya.
Bawalah mereka bermain diluar bilik tidur kita.
Jangan pula menyusahkan suami dengan perkara remeh temeh sewaktu dia sedang tidur.
Contonya mengejutkan suami untuk membeli satu atau dua barang dapur,
memintanya membuang sampah atau melayan orang datang meminta sumbangan di pagar rumah.
Ini boleh mengganggu waktu rehatnya.
Berusahalah untuk melakukan sendiri jika kita mampu.

Perkara ini sangat kecil sahaja tetapi ramai isteri yang memandang mudah
malahan tidak pernah mengendahkannya.
Suami akan lebih menghormati kita kerana kita menghormatinya.
Secara tidak langsung,kasih sayang dan cinta akan menjadi lebih harum semerbaknya.


* MERAIKAN TARIKH2 PENTING BERSAMA
Pembabitan anak2 dalam keluarga sangat penting untuk menceriakan rumaahtangga kita.
Raikanlah bersama hari ulangtahun perkahwinan kita, hari ibu atau bapa,
ulangtahun suami, ulangtahun kita dan anak2 juga.
Tak perlu berbelanja besar.
Cukuplah dengan membeli sebiji kek dan berkongsi hadiah untuk diberikan kepada orang yang diraikan.
Ajaklah suami dan anak2 membeli hadiah atau kek untuk ahli keluargaBoleh juga kita membuat sambutan kecil di luar seperti di McDonald atau KFC atau mana2 tempat yang sesuai dengan budjet keluarga.
Bawalah kamera untuk merkamkan detik2 indah itu.

Malahan boleh juga kita raikan ulangtahun nenek dan pembantu rumah  bersama.
Pembantu sudah menjadi seperti keluarga sendiri.
Ini mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Saling berkasih sayang, hormat menghormati,
saling menghargai dan merasai kepentingan setiap anggota sebagai suatu keluarga
akan memberikan suasana rumahtangga yang lebih bahagia dan harmonis.



* MENJAGA DAN MENGEMASKAN BILIK TIDUR
Ramai isteri yang kurang perihatin tentang aspek ini. Suami kita jarang bersuara menyatakan rasa tidak selesa dengan bilik tidur yang berbau, cadar dan sarung bantal yang hapak, pakaian yang disangkut di sana sini,
sampah yang tidak dibuang dan sebagainya.
Tetapi hakikat sebenarnya semua manusia sukankan kebersihan dan keindahan
termasuklah pasangan kita.
pastikan bilik tidur kita sentiasa kemas dan bersih.
Walau sesibuk mana sekalipun kita, susunlah bilik tidur kita agar sentiasa kemas, bersih dan selesa.
Keluarkan baju2 yang kotor. Buang smpah dan kertas2 yang tidak diperlukan
.Susun dan kemaskan almari atau kabinet pakaian kita dua minggu sekali atau mengikut keperluan.
Tukarlah cadar dan sarung bantal seminggu sekali.
Bersihkan meja solek dan meja sisi apabila nampak mulai bersepah dengan peralatan dandanan diri kita.
Gantikan tuala mandi seminggu sekali.
Lipatlah sejadah dan telekung serta letakkan di tempat yang sesuai.
Jangan dibiarkan sejadah dan telekung di atas lantai tanpa dikemaskan dalam tempoh yang lama.
Jika bilik tidur juga menjadi ruang bacaan, kemaskan buku, akhbar
dan majalah2 di rak yang disediakan.

Pada hujung minggu, bukalah tingkap seluas2nya agar udara bersih masuk
untuk menggantikan udara kotor. Jika kita berkemampuan, gunalan 'air treatment system'
untuk merawat udara di bilim tidur.
Jika suka, gunalah wangian bilik untuk mengharumkannya.

Tips2 yang dikongsikan ini mudah sahaja.
tetapi jika tidak diamalkan, ia hanya tinggal tips semata2.
Warnailah rumahtangga dan perkahwinan kita dengan warna2 yang ceria, harmoni dan sejahtera.
Sebagai isteri, kitalah pelakon dan pelukis yang akan mencorakkan kanvas kehidupan dan perkahwinan kita.
Jangan kecewa, mengeluh atau bersedih hati.
Hidup yang bahagia didambakan oleh semua orang.
Bergembiralah.
Sabar, reda dan berhikmahlah dalam mencorakkan kebahagiaan keluarga.
Banyakkan berdoa dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik
untuk rumahtangga dan perkahwinan kita.

Salam kebahagiaan untuk pagi Selasa yang indah ini.
Salam sejahtera.








Monday, March 21, 2011

Seminar Menjana Wang Melalui Penulisan

Slot kedua bersama Tuan Zamri Mohamad.
Menarik...penuh dengan info.
Novelis popular...Ain Maisarah
Bersama novelis popular...
Ain Maisarah
Royalti karya dan penulisan buku adalah harta intelek.
Ain Maisarah..antara  novelis muda yang mendapat royalti
yang semakin tinggi dari PTS.
Menghampiri enam angka setahun.

Seminar sehari Menjana Pendapatan Melalui Penulisan
pada 19 Februari 2011 yang baru lalu.
(aku tiga dari kanan barisan depan sekali).

Semuaanya bermula dengan langkah yang pertama.

Bengkel Penulisan Berita Dan Rencana

Salam.
Alhamdulillah, aku berpeluang menyertai
Bengkel Penulisan Berita dan Rencana anjuran Akademi Penulisan
pada 13 Januari 2011 yang lalu.
Bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, bengkel ini dikelolakan
Tuan Zamri Mohamad, Penulis muda yang sedang mencipta nama di Malaysia.
tuan Zamri telah menulis 27 buah buku dalam masa 4 tahun sejak 2006.
Tahniah Tuan Zamri Mohamad.
Banyak maklumat yang diperolehi selepas menghadiri
bengkel sehari ini.
Tuan Zamri bersama beberapa orang pserta termasuk Pn. Sarah,
Pn azizah Karim dan suaminya.
Langkah mesti bermula.
Ini pengalaman untuk berpindah ke dunia baru.
Sekali imbas, wajah dan gaya anak muda ini hampir sama
dengan anak bujangku Mohd Adib yang sedang menuntut di Cairo.
Dua kali imbas saling tak tak tumpah termasuk wajah, watak dan saiz badan.
'Pelanduk dua serupa gaknya.'
Minat ku untuk menulis buku, tetapi kehadiran ke
bengkel Penulisan Rencana dan Berita ini
juga memberikan banyak ilmu dan maklumat dalam bidang penulisan.

Semoga harapan dan impian ini akan tercapai.
Sokongan anda semua memang sangat diharapkan.

BENGKEL PENULISAN SUPER

Assalamualaikum WRBT,
Dua hari tidak mencatat entry baru di ruangan ini. Jadualku padat.
Bermula Jumaat 18 Mac hingga 20 Mac, aku berkesempatan menghadiri
Bengkel Penulisan Super Anjuran Akademi Penulisan di Wangsa Melawati KL.
Bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam10.30 malam.
Hari penutup semalam, program tamat jam 6 petang.

Wah! ini pengalaman baru. Seronok dan gembira dapat menghadiri bengkel ini.
Dah tiga kali menghadiri bengkel dan seminar penulisan anjuran Akademi Penulisan ini.
Banyak perkara baru yang dipelajari.
Pelbagai info dan maklumat baru yang didedahkan.
Bengkel tiga hari ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na'im Ishak
Pengasas dan pengarah Urusan PTS Profesional Publishing SDN BHD.

Pengalaman beliau selama 11 tahun diterjemahkan di dalam bengkel tiga hari ini.
Aku kagum sekali. Beliau dikira orang yang paling tepat untuk
bakal penulis menyelami dunia penulisan.
Beliau bukan sekadar seorang penulis, tetapi juga seorang penerbit,
pengasas dan pengarah urusan kepada sebuah syarikat penerbitan besar di tanah air.

Aku memang bercita2 mahu menjadi penulis buku.
Ia sebagai khazanah untuk aku kongsikan ilmu dan pengalaman kepada anak cucu, teman2 dan warga Akademi Taipan 181 serta pembaca sekelian.
Semoga ini menjadi permulaan untuk aku memulakan langkah.
Semoga impian ini akan direstui dan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin.
Bengkel tiga hari yang menjadi pemangkin untuk aku
memulakan langkah menjadi penulis.

Dunia Penulisan dan penerbitan yang serba baru bagi ku.
Suatu pendedahan dari orang yang berpengalaman
yang bermula dari kosong.
Tahniah Tuan Fauzul Na'im Ishak.
Bersama Cik Rozita dari PJ, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta.
Dr Mariam dan Cik Fatimah yang sama2 menghadiri bengkel ini.
Banyak kenalan dan pengalaman baru apabila bersama2 mahu menyelami dunia penulisan.

Bersama Tuan Zamri Mohammad, penulis bebas yang sedang
mencipta nama di Malaysia.
Sudah tiga kali aku menghadiri bengkel dan seminar kelolaan Tuan Zamri.
Tuan Fauzul Na'im Ishak...orang yang tepat untuk menjadi
mentor ku di dalam bidang penulisan.
Selepas ini aku akan menghadiri klinik penulisan bersamanya.
Proposal sudahpun disiapkan,
Hanya mahu menyiapkan manuskrip sahaja.
Ini langkah permulaan.
Segalanya pasti. Impian ku pasti terlaksana.
Aku akan membuktikannya.
aku mencabar diri ku sendiri.

3 hari berbengkel....baru tahu susah senangnya mahu
menjadi penulis buku.
Dah datang baru tahu. Tahniah kepada kesemua 13 orang
peserta bengkel ini.

Pn Azura dari Puchong Intan. seorang guru yang telah menerbitkan bukunya
sendiri. Ini buku yang pertama terbitan beliau.
Tahniah dan hebat...Permulaan yang baik bagi Pn Azura.

Dr Mariam dari UITM Shah Alam menerima sijil
daripada Tuan Zamri Mohammad.
Tahniah Dr Mariam.
Bangganya...Tahniah Faridah Mohd Ali.
Anda bakal menjadi penulis super.

Sijil penyertaan daripada Akademi Penulis SDN BHD.

Dah jadi Alumni Akademi Penulisan.
Gembira bersama kawan2 dan kenalan baru dalam
bengkel tiga hari ini.

Selesai bengkel, kami bergambar beramai2.
13 orang peserta yang hadir dengan pelbagai latar belakang.
Duduk dari kiri En Yusof, Tuan fauzul Na'im, Tuan Zamri, Hj Hashim dan Dr Rushdan.
Berdiri dari kiri Pn.Nitawati, Dr Azrina, Dr Mariam, Cik Fatimah, Cik Norashikin, Pn. Faridah
Cik Rozita, Pn Azura, Cik Norsa'adah dan Dr Nor Azian.
Menerima sijil penyertaan daripada Tuan Zamri Mohammad.

Sebuah modul lengkap untuk menjadi penulis super...
Satu Langkah Ke Arah Menjadi Penulis Bestseller

Apa komen anda?
Apakah buku yang anda perlukan?
Apakah bidang penulisan yang patut saya hasilkan?