Followers

Friday, March 18, 2011

TIPS BAHAGIA

JENDELA HATI FARIDAH



* KASIH SAYANG PERLU DIBAJA AGAR TERUS SUBUR
Perlu disemai kasih sayang dengan perlakuan2 manis
yang akan menambat hati suami.
Jangan jemu melayan suami.
Kita adalah segala2nya bagi suami. Kita adalah isteri, kita adalah kawan,
kita adalah teman bicara,
kita adalah doktor peribadi, kita juga kakak angkat,
kita adalah setiausaha sulit,
kita adalah pembantu peribadi, kita adalah menteri kewangan,
kita adalah pakar kaunselor
dan sebagainya. Jangan ambil mudah dalam tugas sebagai isteri.


* TERIMALAH SUAMI SEADANYA
Allah sudah menganugerahkan kepada kita suatu hakikat bahawa kita adalah yang
terbaik untuk suami kita sementara dia adalah juga pasangan yang terbaik untuk kita.
Jangan merungut atau menyesal lagi.
Terimalah dia seadanya sebagaimana dia juga boleh menerima kita seadanya.
Alam perkahwinan adalah suatu realiti bukan fantasi lagi.
"Zaman merentasi lautan api, rela rentung terbakar demi cintaku, belahlah dadaku"
sudah berlalu sebaik sahaja lafaz akad nikah disahkan oleh imam dan saksi.
Yang ada ialah realiti semuanya.
Kentut yang wangi sudah menjadi busuk selepas bernikah.
Maka hadapilah realitinya.
belajarlah menerima kekurangan dirinya.
Dia adalah pelengkap hidup kita dan kita juga adalah pelengkap kehidupannya.
Dia adalah pakaian bagi kita dan kita pula pakaian bagi dirinya.


* LAYANLAH SUAMI DENGAN CARA YANG PALING BAIK
Ikutlah semua kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan agama.
Pikatlah dia sentiasa. Jangan pandang enteng layanan kepada suami meskipun kita dah lama bersama.
Sentiasa berusaha untuk mengurat suami kita.
Layanan di tempat tidur mesti tip top.
Beli dan pakailah baju tidur yang paling seksi sekali...kasi dia terangkat.
Jangan malu untuk beraksi di depan suami sendiri. Percayalah...dia memang mahu anda beraksi seperti itu.
Di bilik tidur, bau haruman dan perfume mestilah semerbak sentiasa.
jangan biarkan bau minyak urut memenuhi ruang bilik tidur anda.
Tunjukkan anda sentiasa manja dengannya.
Jika menonton TV, peganglah tangannya atau picitlah kepalanya. Pasti dia suka dan amat menyenanginya.
Jangan tak layan suami kita. Nanti ada orang lain tergedik2 melayannya baru kita berputih mata.


* SEDIAKAN MAKAN DAN MINUMNYA
Walau sesibuk mana sekalipun suami tetap mahukan makanan yang anda masak dan anda hidangkan.
Jika dia baru pulang, tanyakan sama ada dia sudah makan atau belum.
Jika dia mahu makan, anda mesti sama2 menemaninya di meja makan walaupun anda sudah kenyang.
Jika kita mempunyai pembantu rumah sekalipun, kitalah yang mesti melayan suami makan.
Jangan sekali2 membiarkan orang gaji melayan makan minum suami kita.
Betapa banyak kes suami jatuh cinta dengan pembantu rumah, adakah kerana
pembantu rumah cantik atau menarik?

Jawabannya kerana pembantu  pandai melayan suami2 yang dah lama tidak mendapat
layanan isteri sendiri.
Dihidangkan makan, dibubuhkan nasi dan lauknya, dituangkan air sambil
dilayan bual mesra yang manja.
Sudah terhantuk baru nak terngadah,,memang tak berguna. Nasi sudah menjadi bubur.
Jika matanya dah silau dengan panahan cinta kedua, dia tak akan pandang kita lagi
walaupun kita awet muda dan cantik kerana memakai Bio Ever dan maharani kerana
dia sudah mempunyai awet baru.
Waktu itu, menangis air mata darah sekali pun dah tak berguna. Jampi mentera bomoh
sekalipun, dia dah tak peduli lagi. mak oooiii, meranalah isteri apalagi kalau
ditakdirkan menjadi 'yang pertama'.


* ELAKKAN PERSELISIHAN FAHAM YANG BERPANJANGAN
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Lautan mana yang tidak bergelora.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hidup bersuami isteri.
Mustahil kita dapat mengelakkannya.
Ada waktu nak marah juga.
Ada masa tak kena juga.
Ada ketika tak boleh sabar juga.
Ada masa buat silap juga.
Ada ketika terlupa juga. Pasti ada kekurangan dan kelemahan antara kita.
Ada masa kita silap, ada ketika dia yang salah.
tak perlulah kita bergaduh sehingga segala pinggan mangkuk terbang melayang.
Periuk belanga lintang pukang dek kehebatan kita mencampakkanya demi melepaskan geram.
Tak perlu pula kita berlawan cakap,
Bertempik menjerit mendakwa kita yang betul dia serba tak kena.
Jika dia sedang marah, kita diam. Jika kita marah, dia pula diam.
Itu adalah amalan ku juga bila suami tak berkenan dengan perlakuan kita.
Jika bergaduh jangan berpanjangan.
tak rugi kita mengalah. Mohon maaflah jika kita tidak mahu pergaduhan berpanjangan.

Semoga rumahtangga yang dibina benar2 menjadi
'RUMAH KU SYURGA KU".
Ia menjadi tempat benih kasih dan  buah cinta untuk hidup yang kekal bahagia untuk selama2nya.
Berbahagialah kita yang menjadi penghuninya.
Bergembiralah suami dan anak2 kita yang berlindung di dalamnya.
Salam kebahagiaan.


2 comments:

  1. moga dapat menjadi ingatan dan nasihat buat diriku jua dan perkahwinan kekal bahagia hingga akhir hayat.amin...

    ReplyDelete
  2. banyak cabaran di alam perkahwinan kerana ia semuanya realiti, bukan fantasi. Kita mesti menjadi isteri yang bijaksana, sabar dan reda. Insyaallah terlalu besarnya untuk perkahwinan kita.

    ReplyDelete