Followers

Friday, April 22, 2011

Jom Ke Pesta Buku

Salam Bahagia.
Hari ini akan bermula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpuar
22 April hingga 1 Mei
Di PWTC.
Pelbagai tawaran menarik dan  terbaik akan diberikan oleh penerbit2 tersohor Malaysia.

Jom, bawa anak, kaum keluarga dan kawan2 ke pesta buku ini.
Sediakan budget secukupnya.
Fikirkan juga cara nak bawa balik buku yang berkotak2  itu.
Inilah peluang untuk ulat2 buku.
Pameran bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Datanglah beramai2.

Aku pun suruh anak2 mengambil cuti pada hari isnin depan.
Mereka semua nak ikut serta ke Pesta Buku itu.
Hujung minggu mesti penuh sesak.
Jadi biarlah mereka bercuti satu hari untuk ke pesta buku ini.
Setahun sekali.
Aku dan keluarga akan berada beberapa jam di sana sampai mereka puas.
Irah dan Aisyah, aku dah sediakan budget untuk mereka dalam RM300
seorang untuk pesta buku kali ini.
Pilihlah apa saja. Pilihlah apa yang mereka suka.
Aku tahu minat mereka kepada buku terutamanya Aisyah.
Dia dah jadi ulat buku macam abahnya.

Adib pun dah pesan dari Cairo suruh cari macam2 buku syariah, sejarah Rasulullah SAW,
bahasa Arab dan
pengajian Al Quran yang menjadi minatnya.
Adib dah bagi tau siap2.

Sejumlah budget telah aku sediakan untuk keluarga kali ini.
Berbaloi2.
Hari ini aku dan dzul ke sana dulu.
Hari Isnin kami bawa anak2 pula.
Jom jumpa di sana.

Wednesday, April 20, 2011

Pok Loh Ikan Patin Mentakab


Salam bahagia.
Pagi tadi jam 5.45 pagi baru sampai ke rumah dari Mentakab.
Puas betul menjamu selera di restoran Pok Loh Ikan Patin.

Selepas Business Preview malam tadi, kurang lebih jam 12 malam sebanyak empat buah kereta bertolak ke Mentakab. hanya untuk menjamu selera di restoran popular itu.
Rombongan ini diketuai ibu dan bapa duit AT 181, CDM kartini dan CDM Kamaruddin. Turut serta ialah CDM Siti Rohani, CDM Amran, CDM Siti Rozana Rozar dan Sham,CDM Hanim dan CDM Shahril, CDM Che Mat, DDM Nizam,
CDM Syed Huzair dan isterinya Salina, DDM Rozita dan suaminya Ayie
serta aku bersama Dzul.
Lebih kurang jam 2 pagi tiba di sana.
Menjamu selera bersama rakan2 seperjuangan, seleranya berbeza.
Semangat nak makan pun lain.

Menunya macam2.
Ada masak tomyan ikan patin, ikan patin goreng, kerabu somtam,
telur dadar, kailan goreng ikan masin dan tembikai.
Semuanya sedap, semuanya menyelerakan dan semuanya habis licin.
Semuanya ditanggung beres dan ditanggung halal oleh
CDM Kartini belanja sempena habis edah kuarantinnya berpantang 44 hari semalam.
Ohh boleh kerja giler2 selepas ni. semangatnya mendongak ke langit.
Merayap dan menular ke seluruh urat nadi setiap warganya.

Lepas makan kurang lebih jam 3.50 pagi, kami bertolak pulang ke KL.
Menaiki estima CDM Siti Rohani dan CDM Amran.
apa lagi..perut dan kenyang bersahur...tidur jelah sepanjang jalan.
Sedar2 dah sampai depan rumah.
Tak sempat tidur pun, selepas mandi dan solat Subuh,
kami terus bersarapan dengan anak2 kemudian terus
ke Kota Damansara untuk menghantar Irah dan Aisyah ke sekolah.

Terima kasih kepada CDM Tini dan CDM Din,buat kenduri
kesyukuran untuk kami malam tadi.
Terima kasih semua CDM yang bersama malam tadi.
Kerja kuat, meeting kuat, makan kuat, semangat kuat...
lepas ni berniaga pasti naik naik naik.

Monday, April 18, 2011

Bersabar Dengan Ujian Allah

Nasihat Imam Ali r.a
" Wahai anak2 Adam, janganlah keterlaluan gembira dengan kekayaan,
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,
janganlah keterlaluan berduka dengan bencana,
janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan
kerana emas itu diuji dengan api.

Seorang hamba yang soleh akan diuji dengan bala.
Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan.
Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar
menanggung apa yang tidak engkau sukai.
Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara apa yang Allah fardukan ke atasmu."

Hari2 Mencari Ilmu

Dunia sentiasa berubah
Segala sesuatu sentiasa berubah.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan demi perubahan andainya kita tidak berilmu,
tidak memperbaharui ilmu dan tidak menambahkan ilmu?
Dengan kata2 lain, satu2nya pilihan bagi mencapai kejayaan
adalah berubah secara terus menerus dan
kuncinya ialah belajar tanpa pernah berhenti.

Maka apakah yang perlu kita lakukan untuk menambahkan ilmu?
* Nekadlah bahawa tiada hari yang kita lalui tanpa menambahkan ilmu.
* menyediakan waktu yang khusus untuk belajar dan menuntut ilmu.
* Memperuntukkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu kerana merupakan pelaburan yang akan memberikan keuntungan yang paling besar untuk masa depan kita.
*  Berkongsilah ilmu yang ad di dada anda dengan orang lain. jangan berasa rugi atau kedekut untuk mencurahkan ilmu kepada orang lain.
* Jangan merasa hebat, sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita perolehi.
Malahan biarlah kita terus menjadi orang yang merendah diri dan tawadhuk.

Tuesday, April 12, 2011

Tengok Tiga Beradik Ni

Salam...
Tengok gambar ni, Sofia, Dania dan Iskandar. Tiga adik beradik yang comel.
Anak CDM Kepten Jai dan CDM Haryati.
Tiada pembantu rumah, tetapi tiada alasan.
Dikelek ketiga2nya setiap kali meeting
atau B.O.P di TTC atau Mines.
Siap sekali dengan susu, botol susu, air panas, biskut, bubur nasi, lampin pakai buang dan bantal busuk.
Dibawa juga buku bacaan, alat tulis, buku tulis, buku aktiviti untuk Safia dan Dania yang dah bersekolah.
Masa meeting, CDM Jai duduk kat depan bersama prospek sementara
CDM Haryati duduk kat belakang dengan anak2.
Yalah, takut mengganggu kelas, jadi dia jadi guard takut anak2 bising atau berlari2.
Ok pun, tak ada masalah.
Boleh juga berniaga.
Boleh naik CDM pun. Suami isteri lak tu.
Boleh pulak pergi melancong.
Boleh pula ke hulu ke hilir membina group dan networknya.
Setiap minggu turun ke Penang untuk menjayakan groupnya di sana.
tak pernah pula memberi alasan anak kecil, anak demam, anak cirt birit, anak sakit perut atau bla bla bla.

Tirulah mereka. Jangan dok bagi alasan tak habis2.
Orang lain sibuk mencari wang, kita sibuk dengan alasan demi alasan.
Buang jauh2 alasan2 remeh temeh.
Mari kita bina dan cipta kejayaan.




Monday, April 11, 2011

Penawar

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman.
Ali Imrab 139...

Dan jangan

Wednesday, April 6, 2011

Beri dan Lupakan

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih atas apa jua pemberian baik kita kepada manusia lain.
Usah mengharapkan balasan ucapan terima kasih atau pembalasan kebaikan
atas setiap kebaikan yang dihulurkan.
Cukuplah Allah yang menjadi penilai terbaik atas setiap yang kitanlakukan.

Buku Pilihan

MUKMIN PROFESIONAL;
CELIK MATA HATI
Penulis Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan Fitrah Perkasa/Telaga Biru SDN BHD
RM55

Buku ini hebat.
Seronok membacanya walaupun agak berat.
Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati mengunkap kita untuk melihat hidup dan kehidupan
yang smestinya menurut penentuan ketetapan Allah SWT sebagai penciptanya.
Ia memperteguhkan nilai hidup yang hakiki serta diredhai Allah SWT
melalui 7 langkah membina kehidupan yang sempurna dan abadi untuk
kejayaan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya kehidupan yang sempurna itu mesti dilihat dari acuan
penciptaan manusia itu sendiri.
Dan kehidupan yang berasaskan sumber yang abadi inilah yang akan membawa
kebahagiaan yang abadi juga.
iaitu Allah SWT.

Serba Selesa...Mimpi Jadi Realiti

Ruang tamu...luas dan lapang
Ruang makan
Konsep moden
Pandangan dari ruang tamu kedua
Ruang keluarga di tingkat satu
Ruang rehat di bilik tidur utama
Bilik tidur utama di tingkat 2.
Lapang dan sangat selesa dengan hiasan gaya moden.
Bilik tidur kedua untuk anak gadis.
Semuanya berkonsep moden.
Bilik air yang sangat luas.
Boleh buat mandikan jenazah kiranya ada kematian.
Bilik tidur untuk tetamu.
Tema hitam putih.
Bilik tidur anak lelaki bujang.
Ringkas dan selesa.
Juga bertemakan hitam putih.
Bilik tidur ke 5
untuk anak2 kecil.
Pandangan dari sudut berbeza.
Balkoni yang luas di sebelah bilik tidur utama
di tingkat dua.

Monday, April 4, 2011

Pujuk Hati Kita


"Hi benci! benci!"
"Menyampah, rasa dah tak boleh tengok muka dia."
"Rasa nak lanyak2 je biar mampus".

Pagi2 dah dengar si A menelefon, marah2.
Sakit hati dengan seseorang.

Sabar dulu. Jika marah sangat, ambil wuduk solat sunat 2 rakaat.
Marah itu api, kita padamkan dengan air wuduk.
Jika diikutkan rasa hati memang mati. Jika tidak kita yang mati, orang lain yang mati.
itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita.
ikutkan rasa hati, ikutkan gerak hati, ikutkan nafsu sendiri,
ikutkan suara hati.
Kebanyakannya mengajak kita kepada perbalahan, permusuhan, sengketa, dendam kesumat yang tak berkesudahan.

Pujuklah hati kita.
Damaikan hati kita.
Lupakan kesilapan orang dan ingatlah kesilapan kita sendiri.
Sabar dan reda itu terlalu besar hikmahnya.
semoga hidup kita lebih harmoni.

Hobinya Membaca

Salam kebahagiaan.
Salam sejahtera.
Anak bongsu ku, Nor Amalin Aisyah cukup minat membaca.
Dulu hobinya bermain patung barbie. sekarang tidak lagi.
Hobinya buku buku buku.
Membaca membaca membaca.
Dalam sehari dia boleh habiskan sebuah buku.
Hari2 nak beli buku kalau boleh.
Hari2 nak ke kedai buku, MPH, Kedai Buku Popular mahukan kedai tak popular.
Jika ditanya hadiah apa yang dimahunya, berbie, basikal atau mainan?
Jawapannya mesti hadiah buku.
Jika bagi hadiah buku cukuplah.
Aisyah tak akan meminta yang lain lagi.

Dia mempunyai pelbagai koleksi buku.
Sama ada dalam bahasa melayu mahupun Inggeris.
Apa lagi dia belajar di IISKD yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai pengantarnya.
Sewaktu berkunjung ke Singapore pada hujung tahun 2010 yang lalu,
begitu banyak buku2 Inggeris yang dibelinya di kedai buku
di Orchard Road Singapore.
Setiap hari ke kedai Popular pun tak apa.
Jika dia merajuk, belikan je buku. Hilanglah rajuknya.
Lepas Aisyah membaca buku, dia akan mencatat ringkasan
buku yang dibacanya di dalam bukunya sendiri.
Tidak pula aku menyuruh kecuali dengan kemahuannya
sendiri.
Untuk rekod katanya.
Di meja makan pun masih membaca buku.
Dia akan hilang lapar apabila membaca buku.
Dia rela tak makan asalkan boleh membaca
buku yang sangat diminatinya.
TV, karton, basikal dan barbie tidak lagi menjadi
kegemarannya. Semuanya telah diganti
dengan hobi membaca dan buku.
Berjam2 membaca pun tak kisah.
Aisyah boleh lupa dunia luar di sekelilingnya apabila
dia sedang membaca.

Aisyah menggemari semua jenis buku yang sesuai
dengan usianya.
Buku fiksyen, non fiksyen, sains dan agama.
Suratkhabar pun dia baca.
Dia juga sangat minat membaca Al Quran.
Barangkali inileh kelebihan apabila dia bersekolah
di IISKD yang sangat menitikberatkan
pendidikan Al Quran.
Di manapun Aisyah berada, dia akan membaca
kemudian mencatatkan dalam buku catatannya.
Pagi petang siang atau malam, Aisyah akan membaca.
Nak tidur pun dia akan membaca sehinggalah dia terlelap.
Cita-citanya mahu menjadi sehebat mama.

Didalam kereta, Aisyah boleh membaca
sehingga tiba ke destinasi walaupun
perjalanan yang jauh.
Jika nak berpergian jauh, dia akan membeli buku2
untuk bekalan sepanjang perjalanannya.
Di tangannya mesti memegang paling sikit sebuah buku.
Ini di sebelah CDM Siti Rohani ketika berada
di KLIA sewaktu menyambut CDM Kartini pulang
dari Tanah Suci bulan Disember 2010 lalu.

Mesti Lebih Baik


Salam.
Selamat kembali ke pangkuan keluarga wahai tetamu2 Allah yang istimewa.
Rindu umrah.
Rindu haji.
Rindu Kaabah.
Rindu masjidilharam.
Rindu marwah dan safar.
Rindu Hijr Ismail.
Rindu tawaf.
Rindu saei.
Rindu Mekah.
Rindu Madinah.
Rindu masjid Nabawi.
Rindu Raudhah.
Beruntunglah mereka yang dipilih olehNya untuk menjadi tetamuNya di tanah suci.
Beruntunglah mereka yang diberi ilham oleh Allah untuk mensucikan jiwanya.

Segala taubat diterima.
Segala dosa akan diampunkan.
Segala kejahatan akan dihapuskan.

Segala doa akan ditunaikan.
Segala permintaan akan ditunaikan.
Segala hajat akan dipenuhi.
Hari ini mesti lebih baik daripada semalam.
Minggu ini mesti lebih baik daripada minggu sebelumnya.
Bulan ini messti lebih baik daripada bulan sudah.
Tahun ini mesti lebih baik daripada tahun sudah.

Bersyukur bagi tetamu pilihanNya.
Dapat sampai ke tanah suci untuk membersihkan diri dan hati.
Moga diangkat lagi untuk datang lagi sebagai tetamuNya lagi samaada umrah ataupun haji.

Sunday, April 3, 2011

Sekali sehari

Amalkan solat berjemaah dengan anak2.
Sekurang2nya sekali setiap hari.
bagi kami sekeluarga, selalunya solat Maghrib dan Isyak kami akan berjemaah di rumah.

Friday, April 1, 2011

Makan Dengan Anak2

Malam tadi kami sekeluarga keluar makan bersama anak2.
Anak2 membuat pilihan untuk makan di Secret Recepi, kami mengikut kehendak mereka.
Kami sekeluarga terus ke IOI Mall Puchong.

Inilah amalan kami sekeluarga.
Seminggu sekali, atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali, kami makan bersama di luar.
Kebetulan anak2 baru habis First Continual Assesment di ISSKD semalam.
 Apa lagi...biasalah Irah dan Aisyah, setiap kali keluar makan mereka yang
menentukan pilihan kesukaan mereka.

Sambil menunggu pesanan, Irah bercerita macam2 tentang exam di sekolah.
Aisyah juga, masing2 sibuk bercerita.
Kedua2nya berebut perhatian kami untuk mendengar cerita mereka.
maka sebagai ibu dan ayah, dengarlah luahan mereka, cerita mereka, perkongsian mereka.

Ini juga salah satu petua jika kita mahu anak mendengar cakap kita.
Macam mana?
Dengarlah mereka, beri perhatian ketika anak2 bercerita, dengar dengan tekun dan teliti.
Ketika ini jugalah kita mesti menjawab pelbagai pertanyaan mereka.
Tambahan Irah dah melangkah ke alam remaja.Kami tidak boleh lagi melayannya seperti kanak2 tadika.
Tutup hangphone, tutup suratkhabar, jangan baca buku atau kita pula sibuk bercakap
dengan pasangan kita.
Kita dah selalu bercakap, tapi kali ini biar anak2 yang bercakap dan bercerita
sementara kita mendengar dengan penuh teliti.

Jika mereka ada masalah,kita bagi cadangan untuk menyelesaikannya.
Anak2 rasa gembira, hubungan lebih rapat kerana mereka tahu kita mengambil berat tentang mereka.
Anak2 kita sangat perlukan perhatian, kasih sayang dan keprihatinan kita kepada mereka.
Anak2 memang akan seronok.Ini juga yang menjadikan anak2 mendengar cakap kita,
kerana kita sudah menganggap mereka macam kawan. jika ada persoalan yang mereka keliru, mereka akan bertanya kepada kita dan bukannya mendapat maklumat yang salah daripada
rakan2 sebaya yang belum tentu betulnya.
Apa lagi dengan teknologi internet yang berada di setiap rumah, jika kita tidak rapat dengan anak2,
tidak mustahil anak remaja kita akan tersalah jalan.


Nak terlalu ketat sangat kawalan sehingga tak boleh buka internet dan facebook pun tak boleh juga.
Yang penting anak2 kita mesti difahamkan yang mana boleh dan yang mana tak boleh.
Sekali lagi hubungan yang rapat dan mesra dengan anak2 memainkan peranan penting
untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Maka keluar makan bersama dengan anak2 dilihat sebagai satu cara untuk
merapatkan hubungan dengan mereka.