Followers

Wednesday, April 20, 2011

Pok Loh Ikan Patin Mentakab


Salam bahagia.
Pagi tadi jam 5.45 pagi baru sampai ke rumah dari Mentakab.
Puas betul menjamu selera di restoran Pok Loh Ikan Patin.

Selepas Business Preview malam tadi, kurang lebih jam 12 malam sebanyak empat buah kereta bertolak ke Mentakab. hanya untuk menjamu selera di restoran popular itu.
Rombongan ini diketuai ibu dan bapa duit AT 181, CDM kartini dan CDM Kamaruddin. Turut serta ialah CDM Siti Rohani, CDM Amran, CDM Siti Rozana Rozar dan Sham,CDM Hanim dan CDM Shahril, CDM Che Mat, DDM Nizam,
CDM Syed Huzair dan isterinya Salina, DDM Rozita dan suaminya Ayie
serta aku bersama Dzul.
Lebih kurang jam 2 pagi tiba di sana.
Menjamu selera bersama rakan2 seperjuangan, seleranya berbeza.
Semangat nak makan pun lain.

Menunya macam2.
Ada masak tomyan ikan patin, ikan patin goreng, kerabu somtam,
telur dadar, kailan goreng ikan masin dan tembikai.
Semuanya sedap, semuanya menyelerakan dan semuanya habis licin.
Semuanya ditanggung beres dan ditanggung halal oleh
CDM Kartini belanja sempena habis edah kuarantinnya berpantang 44 hari semalam.
Ohh boleh kerja giler2 selepas ni. semangatnya mendongak ke langit.
Merayap dan menular ke seluruh urat nadi setiap warganya.

Lepas makan kurang lebih jam 3.50 pagi, kami bertolak pulang ke KL.
Menaiki estima CDM Siti Rohani dan CDM Amran.
apa lagi..perut dan kenyang bersahur...tidur jelah sepanjang jalan.
Sedar2 dah sampai depan rumah.
Tak sempat tidur pun, selepas mandi dan solat Subuh,
kami terus bersarapan dengan anak2 kemudian terus
ke Kota Damansara untuk menghantar Irah dan Aisyah ke sekolah.

Terima kasih kepada CDM Tini dan CDM Din,buat kenduri
kesyukuran untuk kami malam tadi.
Terima kasih semua CDM yang bersama malam tadi.
Kerja kuat, meeting kuat, makan kuat, semangat kuat...
lepas ni berniaga pasti naik naik naik.

1 comment:

  1. salam...boleh saya tau mcm mana nak hubungi Kak Siti Rohani? dia dulu pernah keje satu ofis dengan saya...lepas dia benti keje, saya tak jumpa dia sampai sekarang...terima kasih...

    ReplyDelete