Followers

Friday, April 1, 2011

Makan Dengan Anak2

Malam tadi kami sekeluarga keluar makan bersama anak2.
Anak2 membuat pilihan untuk makan di Secret Recepi, kami mengikut kehendak mereka.
Kami sekeluarga terus ke IOI Mall Puchong.

Inilah amalan kami sekeluarga.
Seminggu sekali, atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali, kami makan bersama di luar.
Kebetulan anak2 baru habis First Continual Assesment di ISSKD semalam.
 Apa lagi...biasalah Irah dan Aisyah, setiap kali keluar makan mereka yang
menentukan pilihan kesukaan mereka.

Sambil menunggu pesanan, Irah bercerita macam2 tentang exam di sekolah.
Aisyah juga, masing2 sibuk bercerita.
Kedua2nya berebut perhatian kami untuk mendengar cerita mereka.
maka sebagai ibu dan ayah, dengarlah luahan mereka, cerita mereka, perkongsian mereka.

Ini juga salah satu petua jika kita mahu anak mendengar cakap kita.
Macam mana?
Dengarlah mereka, beri perhatian ketika anak2 bercerita, dengar dengan tekun dan teliti.
Ketika ini jugalah kita mesti menjawab pelbagai pertanyaan mereka.
Tambahan Irah dah melangkah ke alam remaja.Kami tidak boleh lagi melayannya seperti kanak2 tadika.
Tutup hangphone, tutup suratkhabar, jangan baca buku atau kita pula sibuk bercakap
dengan pasangan kita.
Kita dah selalu bercakap, tapi kali ini biar anak2 yang bercakap dan bercerita
sementara kita mendengar dengan penuh teliti.

Jika mereka ada masalah,kita bagi cadangan untuk menyelesaikannya.
Anak2 rasa gembira, hubungan lebih rapat kerana mereka tahu kita mengambil berat tentang mereka.
Anak2 kita sangat perlukan perhatian, kasih sayang dan keprihatinan kita kepada mereka.
Anak2 memang akan seronok.Ini juga yang menjadikan anak2 mendengar cakap kita,
kerana kita sudah menganggap mereka macam kawan. jika ada persoalan yang mereka keliru, mereka akan bertanya kepada kita dan bukannya mendapat maklumat yang salah daripada
rakan2 sebaya yang belum tentu betulnya.
Apa lagi dengan teknologi internet yang berada di setiap rumah, jika kita tidak rapat dengan anak2,
tidak mustahil anak remaja kita akan tersalah jalan.


Nak terlalu ketat sangat kawalan sehingga tak boleh buka internet dan facebook pun tak boleh juga.
Yang penting anak2 kita mesti difahamkan yang mana boleh dan yang mana tak boleh.
Sekali lagi hubungan yang rapat dan mesra dengan anak2 memainkan peranan penting
untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Maka keluar makan bersama dengan anak2 dilihat sebagai satu cara untuk
merapatkan hubungan dengan mereka.


No comments:

Post a Comment