Followers

Friday, April 22, 2011

Jom Ke Pesta Buku

Salam Bahagia.
Hari ini akan bermula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpuar
22 April hingga 1 Mei
Di PWTC.
Pelbagai tawaran menarik dan  terbaik akan diberikan oleh penerbit2 tersohor Malaysia.

Jom, bawa anak, kaum keluarga dan kawan2 ke pesta buku ini.
Sediakan budget secukupnya.
Fikirkan juga cara nak bawa balik buku yang berkotak2  itu.
Inilah peluang untuk ulat2 buku.
Pameran bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Datanglah beramai2.

Aku pun suruh anak2 mengambil cuti pada hari isnin depan.
Mereka semua nak ikut serta ke Pesta Buku itu.
Hujung minggu mesti penuh sesak.
Jadi biarlah mereka bercuti satu hari untuk ke pesta buku ini.
Setahun sekali.
Aku dan keluarga akan berada beberapa jam di sana sampai mereka puas.
Irah dan Aisyah, aku dah sediakan budget untuk mereka dalam RM300
seorang untuk pesta buku kali ini.
Pilihlah apa saja. Pilihlah apa yang mereka suka.
Aku tahu minat mereka kepada buku terutamanya Aisyah.
Dia dah jadi ulat buku macam abahnya.

Adib pun dah pesan dari Cairo suruh cari macam2 buku syariah, sejarah Rasulullah SAW,
bahasa Arab dan
pengajian Al Quran yang menjadi minatnya.
Adib dah bagi tau siap2.

Sejumlah budget telah aku sediakan untuk keluarga kali ini.
Berbaloi2.
Hari ini aku dan dzul ke sana dulu.
Hari Isnin kami bawa anak2 pula.
Jom jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment