Followers

Saturday, August 27, 2011

Sibuk Dan Letih!!!

Salam.
Dah lama dah tak menaip.
Hari ini saya nak menaip.
Tajuknya "Sibuk dan letih"Mengenai hari raya saya akan balik kampung di Tanah Merah dan Melor.Tak sabar nak beraya.
Saya rasa tahun Raya ni paling bermakna kot.
Tak tau la lagi.
Kalau raya tahun ni bermakna,maksudnya saya gembira la tu kot.
Anda balik kampung tak?
Kalau tak balik kampung pun takper..asalkan beraya.
Hari ini sangat sibuk...
Nak kene kemas peti sejuk lar,nak kene kemas ruang tamu lah,nak uruskan Tuah lah dan macam2 lagi.
Kesian Tuah...tak dapat nak beraya.
Takde saiz baju Tuah.
Eh..Tuah bukan manusia tapi dia haiwan.
Dia tak beraya...
Kesian Tuah..

Hari ini anda sibuk tak?
Hari ini saya sangattttt sibuk sebab nak beraya.
Mujurlah Sofea dan Dania tak datang sebab kalau tak...heii pengsan aku.
Dah lah penat pulak tu.
Semalam tido lambat!!!
Sebab tulah hari ini penat nak menaip,kemas baju.
Kalau tak menaip pun nanti orang bosan baca blok aku sebab dah lama tak menaip.Sangat letih!!!Tak macam mak saya,tak penat menaip.
Kuih raya tak buat sebab nak jimat cermat.Kuih raya tu dipanggilkan Cornflek
Sebenarnya hari ini saya tuisyen tapi tak pergi sebab malas.
Kalau pergi pun aku pengsanlah kat situ(tuisyen)
Selalunya kalau tak pergi,kene marah dengan mama dan abah.
Nasib baik tak kene marah sebab kakakku yang kedua sakit telinga.
Kat dalam telinga dia ada nanah.
Entah sebab apa.
Kalau tanya dekat saya pun,saya tak tahu.
Tanya mama tak pun ayah saya tu.
Aduhai.....letihnya!!!!
Korang letih tak?
Saya letih nak buat apa semua tu!!!
Kalau anda letih,apa anda akan buat
Tido?
Rehat?
Baring?
Duduk?
ataupun tido berdengkur?
Apa2 je lah asalkan selesaikan kerja tu.
penatnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hah..nak tanya sikit dah buat kuih raya?
Kalau dah, kasi sikit dekaat CDM Faridah.
Bila balik Kelantan nanti boleh la main dengan anak Cek Nor.
Siapa yang tak puasa penuh tak boleh beraya.
Kalau wanita yang sedang hamil dan period tu tape lar.
Asalkan ada yang sesetengah orang puasa!!!
Kalau budak2 takpe.Tak payah nak susah-payah puasa macam orang yang tengah puasa ni...Kalau budak2 puasa macam Delaila dan Muaz...apalah yang akan jadi dekat diaorang....sakit ke,muntah ke,pengsan ke,tertido ke..macam2 lah yang berlaku.

Dah..saya dah penat nak menaip.
Macam tulang punya tangan nak patah dah.
Kalau patah macam manalah nak menaip...
Mesti bosan baca aku punya blok ni..
Sebab asyik baca benda yang sama je kat blok saya ni!!!!!!!!!!!
Kanx3?
Dah latu.
Penat aku menaip ni.

Assalamualaikum Warahhmattullahiwwabarokatu!!!!

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya


Semalam saya pergi kedai emas.
Beli gelang untuk buat Hari Raya.
Anda dah beli untuk persiapan Hari Raya?
Lagi berapa hari ye nak beraya?
Satu...dua... tiga...
Lagi tiga hari nak beraya!!!
Dah beli baju raya?
Dah beli kasut raya?
Dah beli gelang&rantai?
Dah....
Beli lah cepat2

Kan best kalau beli cepat2!!!!
Anda buat kuih raya?
Kalau dah buat, kasi dekat CDM Faridah tau!!!
Saya semalam beli....
Tarikhnya 24/8/2011
Cepatkan saya beli?
Beli cepat2 yeah.
Kesian anak yatim piatu..
Tak dapat nak beli apa semua tu.
Monyok je muka anak yatim piatu.
Kalau ada baju raya yang cantik kasi kat anak yatim piatu.

Ustaz kata kalau kita kasi benda yang kita sayang,
dapat pahala!!!!!
Tak pun kasi duit seribu ke!!!!
empat ribu ker!!!!!!!
banyak tu!!!!!



Kalau sesiapa yang tak dapat raya,,,
saya ucapkan selamat hari raya!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM WARRAH
MATTULLAHHIWABAROKATUUUUUUUUUUUUU!!!!!

Monday, August 15, 2011

Tuah seekor kucing yang pandai memikir

Wow!!!Seksinya Tuah!!!Tuah2.
Tuah adalah seekor kucing yang pandai memikir.
Tuah cabut lari selepas dia melihat ubat telinganya.
Tuah tidak suka meletak ubat telinga gatalnya.
Namapak ubat telinganya terus cabut lari.

Tuah muka dia comelkan?
Nak tahu siapa yang hadiahkan kucing ini?
Uncle Khazir...
Tuah kalau tidur memang seksi!!!
Kesian Tuah...gatal telinga.
Sejak Uncle Khazir kasi Tuah dekat kitaorang..Tuah gatal telinganya.
Entah sebab apa.
Kalau Tuah tak gatal telinga mesti dia tak yah penat2 nak garudia punya telinga tu.
Saya dah berapa tahun sudah membela Tuah.
Saya tidak boleh melepaskan Tuah kerana Tuah sangat comel.
Kalau saya tidak melepaskannya macam seksa pulak.
Tuah bila2 masa sahaja boleh melepaskan dirinya.
Dia sudah pandai melarikan diri.
Tapi dia pandai balik rumah.
Syukur Alhamdullilah.
Nasib baik Tuah balik rumah.
Kalau Tuah tak balik..
Entahlah apa perasaan saya.

Sunday, August 14, 2011

Tuah memang melucukan

Tuah saiz badan dia besar,
dia macam anak harimau.
Bila Dania dan Sofea datang,Sofea geram sangat!!!!
Tuah kalau tidur,terkang-kang dan seksi!!!!
Tuah kalau minum,guna tangan.
Kadang2,Tuah guna lidah,kadang2 guna tangan.

Kena ada security ni....
Tuah sudah pandai melarikan diri.
Bila tutup pagar je..ada dekat luar.
Memang ajaiblah...

Kesian Tuah....
Dia gatal telinga kuat sangat...
Dah letak ubat,tapi tak sembuh juga.
Kesian,kesian,kesian....
Tuah dia muka monyok je...
Cubalah senyum sikit...
Senyum satu sedekah...

Kalau Tuah tiada...
saya memang sedih.....
Kalau Tuah ada..
Saya rasa gembira..
Bukan main ketawa lagi...

Kalau nak Tuah...
Tak boleh..
Dia tak biasa dengan orang lain....
Jangan haraplah saya nak kasi.
Kena tanya Tuan Dzulfauzilah dulu.
Kalau Tuah tak setuju,saya pun tak setuju
Kalau Tuah setuju,saya sedih
Sampai hati Tuah tinggalkan akak(Aisyah)
Kalau Tuah setuju,saya tak setuju!!!!!

Tuah dah biasa dah dengan keluarga saya.
Cuman Puan Faridah je.....

Bulu Tuah bergebu-gebu.
Cantik dia,comel dia.
Pada malam,mata diaberkelip-kelip..

Saturday, August 13, 2011

TUAH KESAYANGAN SAYA

Tuah sangat rapat dengan saya.
Tuah memang melucukan.
Dia sudah pandai melarikan diri.
Pada malam itu kami sedang mencari Tuah.
Saya baru tahu yang Tuah melarikan diri.
Pada masa itulah saya rasa sedih.
Selepas ayah saya dan ibu saya pulang dari kerja,
ayah saya berasa terkejut kerana Tuah ada di tepi pintu.
Ayah saya cepat-cepat membuka pintu.
Pada keesokan harinya saya bertanya kepada ayah saya
tentang Tuah.
"Abah,Tuah dah balik ke"? 
"Tuah dah balik.... Aisyah janganlah risau sangat"
"Aisyah takut cuma Tuahtak balik je..."
Ayah saya berkata lagi.
"Tuah dah balik dah..dia kat dalam sangkar.."
Saya lega sikit dan saya berkata lagi.
"Abah, jomlah pergi sekolah.nanti terlambat pulak.
Nanti Aisyah terlepas lagi subjek Hafazan/Tilawah"

Selesai sesi pelajaran,saya berfikir tentang Tuah.
Saya berharap agar Tuah tidak melarikan diri daripada rumah.
Waktu sementara,saya bermain Dictionary game bersama
kawan-kawan saya.
Selepas Anti Ju memanggil nama saya dan kakak saya,
saya memanggil kakak untuk balik rumah.

Selepas saya dihantar ke rumah saya tergesa-gesa untuk mencari Tuah.
Biasanya,Tuah di dalam bilik kak Aimi.
Saya mencari Tuah di dalam bilik kakak saya.
Saya melihat Tuah tidur di atas katil kakak saya.
"Tuah.....Tuah gi mana malam tadi.
Akak risau tau"

Thursday, August 11, 2011

Hobi saya membaca buku

Hai ,hari ini saya tidak buat apa-apa
.Saya hanya membaca buku cerita yang ayah saya baru beli.
Tajuk buku nama itu ialah Puteri Damia Dan Kawan-Kawan Ajaib
.Hobi anda apa?Cuba teka apa hobi anda?
Kalau hobi anda ialah membaca buku,seronoknya!!!!!
Hobi saya ialah membaca buku.
Sesiapa yang membaca buku,membaca buku adalah punca ilmu!!!
Bacalah buku banyak-banyak.
Seronoknya kalau membaca buku,bukan?
 
Tengok ayah saya,setiap hari baca buku.
Balik kampung, mesti bawak buku.Siapa yang selalu bawak buku?
Ayah saya dan saya.
Mak saya tak bawa balik buku,tetapi bawa Laptop.
Saya kadang-kadang tak boleh baca buku sebab saya belajar di sekolah!!!!!
Ayah saya pula setiap hari membaca!!!!!
Saya kadang-kadang je baca buku.
Bukannya selalu membaca pun....
Tetapi, membaca ni seronok
Kadang-kadang saya kena marah dengan cikgu sebabkan asyik termenung  je.....
Sebab apa?
Sebab saya memikirkan tentang buku cerita.
Ayah saya tiada di rumah sebab pergi Kelantan.
Saya harap ayah saya bawa beberapa buah buku.


Kalau anda membaca buku,memang bestlah.
Siapa yang tak membaca buku,memang rugilah.
Kalau saya nak beli buku pun tak boleh sebabkan tak ada duit.
Kalau nak beli buku pun beli dekat bookshop je...
Saya selalunya kalau nak beli buku dekat Alamanda ataupun Popular.
Memang nak sangat beli dekat Alamanda dan Popular.
Tetapi tak boleh sebab jauh....
Kena beli dekat bookshop ataupun Giant Bandar Kinrara je...


Kita bersambung lagi yeah...
Saya dah penat dah menaip.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABBARAKATU.

Tuesday, August 9, 2011

Siapa Saya??

               Hai,nama saya Nor Amalin Aisyah.Umur saya 9 tahun.
Saya tinggal di Bandar Kinrara.Hobi saya ialah membaca buku

Saya belajar di Integrated islamic Shcoll Kota Damansara atau ISSKD
di darjah Tiga. Saya seronok belajar di ISSKD>
Sebelum itu saya belajar di At Tamimi Islamic International Scholl USJ 25.
Cita2 saya ialah menjadi doktor kerana saya boleh membantu orang yang sedang sakit.

Hai kawan2, jom jadi follower blog saya.
Saya suka berkawan dan berkongsi pengalaman.

Saya bersama kakak saya, kak Irah dan abah saya.
kami sangat mesra dan selalu melakukan aktiviti bersama.

Abah saya ialah Dzulfauzilah Bin Husin manakala
nama ibu saya ialah Faridah Bt Mohd. Ali.
Mereka berdua sangat baik dan menyayangi saya sepenuh hati.


Makanan kegemaran saya pula ialah Nasi Pataya dan minuman kegemaran
saya ialah air oren,air BioAura dan ABC
.Warna kegemaran saya ialah biru dan unggu.
Idola saya pula Nabi Muhammad S.A.W.
Haiwan kegemaran saya pula ialah kucing,jkan dan ikan Telaga.

Jumpa lagi ya kawan2.
Jgn lupa baca blog ini setiap hari.
Jika saya free, saya akan buat entry baru.