Followers

Saturday, August 13, 2011

TUAH KESAYANGAN SAYA

Tuah sangat rapat dengan saya.
Tuah memang melucukan.
Dia sudah pandai melarikan diri.
Pada malam itu kami sedang mencari Tuah.
Saya baru tahu yang Tuah melarikan diri.
Pada masa itulah saya rasa sedih.
Selepas ayah saya dan ibu saya pulang dari kerja,
ayah saya berasa terkejut kerana Tuah ada di tepi pintu.
Ayah saya cepat-cepat membuka pintu.
Pada keesokan harinya saya bertanya kepada ayah saya
tentang Tuah.
"Abah,Tuah dah balik ke"? 
"Tuah dah balik.... Aisyah janganlah risau sangat"
"Aisyah takut cuma Tuahtak balik je..."
Ayah saya berkata lagi.
"Tuah dah balik dah..dia kat dalam sangkar.."
Saya lega sikit dan saya berkata lagi.
"Abah, jomlah pergi sekolah.nanti terlambat pulak.
Nanti Aisyah terlepas lagi subjek Hafazan/Tilawah"

Selesai sesi pelajaran,saya berfikir tentang Tuah.
Saya berharap agar Tuah tidak melarikan diri daripada rumah.
Waktu sementara,saya bermain Dictionary game bersama
kawan-kawan saya.
Selepas Anti Ju memanggil nama saya dan kakak saya,
saya memanggil kakak untuk balik rumah.

Selepas saya dihantar ke rumah saya tergesa-gesa untuk mencari Tuah.
Biasanya,Tuah di dalam bilik kak Aimi.
Saya mencari Tuah di dalam bilik kakak saya.
Saya melihat Tuah tidur di atas katil kakak saya.
"Tuah.....Tuah gi mana malam tadi.
Akak risau tau"

No comments:

Post a Comment