Followers

Monday, April 18, 2011

Hari2 Mencari Ilmu

Dunia sentiasa berubah
Segala sesuatu sentiasa berubah.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan demi perubahan andainya kita tidak berilmu,
tidak memperbaharui ilmu dan tidak menambahkan ilmu?
Dengan kata2 lain, satu2nya pilihan bagi mencapai kejayaan
adalah berubah secara terus menerus dan
kuncinya ialah belajar tanpa pernah berhenti.

Maka apakah yang perlu kita lakukan untuk menambahkan ilmu?
* Nekadlah bahawa tiada hari yang kita lalui tanpa menambahkan ilmu.
* menyediakan waktu yang khusus untuk belajar dan menuntut ilmu.
* Memperuntukkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu kerana merupakan pelaburan yang akan memberikan keuntungan yang paling besar untuk masa depan kita.
*  Berkongsilah ilmu yang ad di dada anda dengan orang lain. jangan berasa rugi atau kedekut untuk mencurahkan ilmu kepada orang lain.
* Jangan merasa hebat, sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita perolehi.
Malahan biarlah kita terus menjadi orang yang merendah diri dan tawadhuk.

No comments:

Post a Comment