Followers

Tuesday, March 29, 2011

Doakan Anak2 Kita

Salam bahagia.
Salam untuk ibu2 yang berbahagia.
Di mana anda hari ini?
Walau di mana jua kita berada, sebagai ibu maka setiap detik dan nafas selagi kita masih berdenyut,
maka sentiasalah berdoa untuk anak2 kita.
Doakan keselamatan anak2 kita.
Doakan mereka dijauhi musibah dan bahaya.
Doakan mereka agar sentiasa terpelihara imannya.
Doakan mereka selamat daripada ancaman kejahatan manusia.
Doakan mereka terpelihara daripada musuh syaitan durjana.
Doakan anak2 kita agar sentiasa memelihara solatnya.
Doakan mereka tetap sujud hanya kepada Allah yang Esa.
Doakan agar tetap lurus di jalan yang benar.

Doakanlah untuk anak2 kita semua agar mereka berjaya.
Doakan mereka terang hati dalam menuntut ilmu.
Doakan mereka mudah menerima ilmu yang baik.
Doakan agar mereka memberikan tumpuan kepada pendidikan yang mereka terima baik di sekolah, di pusat tiusyen, di kolej, di maktab, di pondok, di universiti dan di mana sahaja.
Doakan mereka berjaya dengan cemerlang bukan hanya cukup2 makan sahaja.

Doakan untuk anak2 kita doa2 yang baik untuk kehidupan mereka.
Doakan mereka mendapat pekerjaan yang baik.
Doakan anak2 kita mendapat rezeki yang berkat dan berpanjangan.
Doakan perniagaan atau kerjaya anak2 kta berkembang maju dan berdaya saing.
Doakan anak2 kita mempunyai daya ketahanan untuk menempuh kehidupan.

Doakan anak2 kita mendapat jodoh yang soleh atau solehah dalam hidup mereka.
Doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke se hujung nyawa.
Doakan perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati dangan limpahan cahaya iman.
Doakan anak2 kita mampu memberikan kebaikan dan manfaat kepada kehidupan orang lain.
Doakanlah anak2 kita terus menjadi anak yang berbakti kepada kita walaupun mereka sudah berkeluarga.

Wahai ibu2 hebat.
Wahai ibu2 terpilih.
Wahai ibu2 pilihan Allah.
Doa kita tiada hijab.
Doa kita tiada pendinding.
Doa kita tiada sekatan.
Doakanlah anak2 kita setiap detik, setiap ketika, setiap saat.
Semoga dengan doa itu, anak2 kita lebih mendapat kejayaan di dunia dan akhirat kerana doa ibu.
Dahsyatnya doa ibu.

No comments:

Post a Comment