Followers

Sunday, March 6, 2011

Adib Tetap Akan Kembali Ke Cairo

Mohd Adib
Anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Dijangka berangkat pulang ke Cairo antara 12 Mac hingga 16 Mac ini.
Adib akan mendapat jadual penerbangannya minggu ini.
Semuanya akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Terima kasih banyak2.


Dia tetap mahu menyambung pengajiannya di Cairo.
Aku menyerahkan keputusannya kepada Adib.


Ramai juga rakan2 sepengajiannya di Maktab Al Buu'th yang mengalah
dan takut untuk menyambung semula pengajiannya di sana selepas
kejadian rusuhan dan pergolakan politik tempoh hari.
Ada juga ibu bapa sendiri yang mengambil keputusan
tidak mahu anak mereka meneruskan pengajian di sana.
Mereka bimbang tentang keselamatan anak mereka.
Apa lagi apabila melihat kepada situasi politik yang semakin
tidak menentu di Timur Tengah.


Aku dan Dzul pula sangat positif.
Tiada apa yang perlu kami bimbangkan.
Tiada apa yang memerlukan aku mengambil keputusan yang
bertentangan dengan kemahuan dan cita2 Adib.
Jika Adib sendiri membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya di Cairo,
maka sebagai ibu aku tetap mendoakan yang terbaik untuknya.
Adib dengan abah macam kawan.
Apa lagi saiz badannya hampir sama.


Dia anak yang matang.
Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Dilantik sebagai AJK Persatuan Pelajar Malaysia Al Furqaan di Cairo
walaupun baru berusia 16 tahun.


Menurut Adib, dia dah serasi belajar di Maktab Al Buu'th.
Dia dah gembira belajar di International School itu.
Dia dah seronok dengan jadual pengajian Al Qurannya.
Dia juga sangat menyenangi ustaz dan guru2 ulamanya di sana.
Dia mahu terus mendalami ilmu Al Quran.
Hanya setahun lagi, dia akan terus masuk Al Jamieaah Universiti Al Azhar.
Adib juga akan mendalami bidang syariah yang sangat Adib minati setelah
berjaya masuk ke Universiti Al Azhar nanti.
Dia tidak mahu berpaling ke belakang lagi.
Dia tidak mahu mengubah haluan lagi.
Apa cabaran pun dia mahu terus menempuhinya.


"Mama dan abah jangan risau apa2."
"Doakan saja agar Adib sentiasa selamat."
"Pemergian Adib ke Cairo untuk mencari ilmu Allah, dan orang yang menuntul ilmu
Al Quran pasti akan sentiasa dilindungiNYA".
Kata2nya memberi kelegaan kepada hati keibuanku.


Keyakinannya sangat tinggi.
Kemahuannya sangat jelas.
Cita2 dan hasratnya sangat murni.
Maka sebagai mama dan abah yang sangat memahami cita2 dan minatnya,
maka kami berdua akan tetap menjadi penyokongnya yang paling setia.
Kami tetap memberikan galakan dan dorongan positif untuknya.


Semoga Adib akan menjadi seorang haffiz Al Quran yang berjaya.

No comments:

Post a Comment