Followers

Sunday, March 27, 2011

Jangan Biarkan Bosan Berlarutan

JENDELA HATI FARIDAH

Sudah lama berkahwin, bosan dengan rutin hidup? Jemu dengan pasangan?
Setiap hari menjalani kehidupan yang serupa dan tidak berbeza?
Letih menguruskan rumahtangga, pekerjaan, melayani anak2 sehingga kepada tahap yang amat membosankan?
Malahan ada yang sudah kritikal terutama apabila berhadapan dengan sikap
suami atau isteri yang tidak mahu berubah?

Jangan biarkan rasa bosan bertandang terlalu lama di dalam fikiran anda.
Fikiran negatif jangan dilayan.
Rasa mahu berpisah mungkin datang menjengah dalam fikiran tetapi anda harus rasional.
Matang dan bijaksanalah dalam bertindak. Jangan terlalu emosional.

Beberapa tips di bawah boleh dilakukan untuk menghalau perasaan bosan itu. Anataranya ialah

* KENANGAN INDAH DAN BAHAGIA
Kebahagiaan bukan boleh dibina dalam masa sehari.
Tetapi nak meruntuhkannya cukup dengan satu patah perkataan sahaja.
Cuba anda kenangkan, betapa lamanya anda mengambil masa untuk menuai cinta
bersama kekasih anda dulu sehingga dia menjadi pasangan anda kini.
Saat anda berkenalan, berjumpa, berpisah, merindui, berpisang, saling berjauhan, melepaskan rindu, bertemu, kemudian mula diikat dengan ikatan melalui merisik, meminang, melalui detik indah di alam pertunangan.
Bagaimana pula anda mempersiapkan diri melangkah ke alam perkahwinan,
Debarnya menanti saat dinikahkan di depan imam, disandingkan, disuap pulut semangat,
direnjis dan dipilis diusik sebagai pengantin baru.

Kemudian anda berdua melalui indah asyik masyuknya alam bulan madu,
fantasinya hanya anda berdua yang mengerti, ketika itu dunia ini anda yang punya.
Alangkah indahnya alam perkahwinan dirasakan ketika itu.
 Bayangkan pula saat anda berdua menimang cahaya mata pertama.
Kali pertama menataap wajah comel hasil buah cinta anda berdua.

Tentu sekali anda merasa sangat bahagia.
Jujurlah pada diri anda sendiri, Sanggupkah anda korbankan semua kebahagiaan itu dengan perpisahan.
Berbahagiakah anda dengan perpisahan dan kehidupan baru selepas berpisah?
Belum pasti tentunya.
Ini semua menyebabkan anda tidak terlalu mudah membiarkan rasa bosan menguasai diri
dan membiarkan keputusan untuk berpisah berpihak kepada anda.


* LUPAKAN KESILAPANNYA DAN MAAFKAN DIRINYA
Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Pasangan kita bukanlah manusia yang serba sempurna. Kita juga bukanlah manusia yang serba betul.
andainya kita boleh melupakan kesilapannya dan memaafkan dirinya, maka perkahwinan kita boleh diselamatkan.
Jika pasangan kita telah memohon maaf kepada kita dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,
maka bersedialah untuk memberi peluang kedua kepadanya.
Ingatlah, mungkin ini harinya. Mungkin kita juga akan melakukan kesilapan dan meminta peluang kedua daripadanya.
Apa salahnya kita memberikan peluang itu.
Ingatlah. pasangan kita bukanlah Mr atau Mrs Perfect atau Mr atau Mrs Right yang tidak pernah melakukan kesilapan. Dia juga bukanlah seorang yang maasom yang serba sempurna yang mewarisi sifat
Nabi Muhammad SAW.
Pasangan kita seperti juga kita adalah manusia biasa yang terdedah kepada kealpaan,
kelalaian, tekanan dan pengaruh serta kelemahan diri.
Mungkin kita sangat sakit hati dengan kesalahannya kepada kita. Tetapi di sanalah adanya pengorbanan.
Kebahagiaan akan wujud kerana adanya pengorbanan.

*JANGAN MEMBEBEL
Tidak banyakfaedah yang diperolehi melalui aktiviti membebel kecuali pasangan akan bosan dengan anda.
Anak2 turut merasa kebosanan dengan fenomena membebel yang tidak henti2.
Hentikan aktiviti yang melelahkan ini.
Ia menyebabkan suasana rumahtangga dan perkahwinan anda suram, membosankan dan melalui
detik2 yang sangat mengecewakan. Tukarkan kepada suasana baru yang lebih positif seperti aktiviti
berkelah bersama2, keluar riadah bersama2,  membeli belah berdua-duaan, balik ke kampung sebulan sekali,
mengerjakan umrah atau mengaji bersama2.
Aktiviti2 ini lebih memberikan manfaat yang lebih menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa.
Berpakatlah dengan pasangan anda. Mintalah sokongannya untuk anda mengubah sikap dan tabiat buruk yang tidak disenanginya. jika anda bercakap dengan baik, pasti dia akan menyokong anda.
Semoga warna perkahwinan anda mulai berubah dengan menyingkirkankan kebosanan yang sekian lama singgah di dalam rumahtangga anda.
Berusahalah.

* BERBULAN MADU KALI KEDUA TANPA ANAK2
Rutin kerja yang tidak pernah habis, beban mendidik anak2 kecil yang ramai dan tugas rumahtangga
yang tidak berkesudahan menimbulkan rasa bosan yang berlarutan. Ambillah cuti bersama dan pergilah berbulan madu kali kedua tanpa membawa anak2 bersama.
Tak perlu keluar negara jika tak cukup belanja. Dalam negara pun boleh.
Bercutilah sepuasnya. Dalam percutiannya, berbincanglah banyak perkara dari hatike hati agar segala kebuntuan selesai.
Rapatkan kembali hubungan yang renggang dek kesibukan masing2.
Hangatkan kembali dengan nostalgia indah2 sepanjang perkahwinan anda berdua.
Nikmatilah sepuasnya tanpa gangguan anak2 kecil.

* KEHIDUPAN BARU
Andainya tahap kebosanan anda begitu serius sehingga perkahwinan anda hampir ke nokhtahnya,
maka anda perlu membuat perubahan drastik untuk kehidupan baru.
Ramai yang merasa tidak tahan dengan campurtangan mertua jika anda terus tinggal bersama keluarga
mertua. maka langkah sebaiknya ialah berpindah segera ke rumah sendiri.
Boleh juga mengambil tindakan untuk berpindah ke kawasan lain yang jauh daripada keluarga
asalkan rumahtangga anda boleh diselamatkan. Berbincanglah dengan pasangan anda.
ketika ini jangan dengan lagi kata2 keluarga yang menyebabkan kerukunan perkahwinan
anga tergugat. Suasana baru dengantempat baru atau rumah sendiri mungkin boleh
menyelamatkan perkahwinan anda.




No comments:

Post a Comment