Followers

Wednesday, March 16, 2011

Jendela hati Faridah

MENGATA ATAU DIKATA
Gossip...menjejaskan hubungan murni dengan orang lain.
Tidak ada yang baik yang kita perolehi melalui gossip


Jika hari ini kawan kita menceritakan buruk kawannya kepada kita,
pasti orang yang sama akan menceritakan buruk kita kepada kawannya yang lain pula.


Realitinya kita tidak suka orang bercerita tentang diri kita.
Kita tidak mahu orang bercakap tentang keburukan kita.
Kita juga tidak mahu mendengar komen atau komplen orang lain tentang kita.

Tetapi yang menghairankan, apabila kita melihat orang lain duduk dalam kelompik mereka dan sedang bergossip,kita turut sama berminat untuk menempel. Tidak menyampuk, tetapi kita turut menadah telinga.
Jika rasa ngam dengan gossip yang dibicarakan, kita turut menyampuk sama.

Inilah kelemahan kita.
Aku juga tidak terkecuali. Seronok sangat bergosssip.
Bercerita buruk orang. Memperbesar2kan kesilapan orang seolah2 kita semuanya betul tak pernah salah.
Seronok menokok tambah bercampur antara yang betul atau tidaknya tentang orang lain.
Menghabiskan masa berjam2 ada waktunya,
Sama ada ketika dalam kelompok ataupun dengan talian handphone.

Mengapa kita suka bercerita buruk orang lain.
Mengapa kita suka mengata pada orang?
Mengapa gossip diminati orang?
Mengapa kita suka seronok bercerita menokok tambah hal orang?

Jawapannya kerana kita sentiasa merasa diri kita betul belaka.
Kita fikir kita tidak pernah berbuat silap.
Kita rasa kita hebat belaka.
Kita mahu diiktiraf sebagai orang yang baik dengan menonjolkan keburukan orang lain.
Kita rasa kita serba betul.
Kita mahu menonjolkan kebaikan diri kita.

Malahan tanpa kita sedar, bahawa kita menpunyai perasaan dengki dan iri hati dengan orang lain.
"Perbuatan mengumpat itu umpama api memakan ranting kayu kering".
Sabda Nabi SAW.

Sehinggakan ia menjadi budaya yang makin teruk apabila gossip, mendedahkan keburukan orang,
pendedahan demi pendedahan dalam media masa TV dan suratkhabar serta majalah,
tentang kekurangan dan kelemahan orang lain menjadi2 seolah2 ia tidak menjadi kesalahan
dan dosa lagi dalam masyarakat.
Lebih dahsyat apabila gossip digunakan untuk melariskan akhbar dan majalah.
Malahan gossip digunakan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan.

Rasa bongkak dan sombong disebalik sikap mencela dan menghina orang lain seolah2
hanya kita yang baik dan mulia ternyata tidak memberikan manfaat ke arah membina
masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Ia menjadi aktiviti yang makin berleluasa di mana2 jua. Baik di pejabat, di kedai kopi,
restoran mahupun coffee house, di tepi jalan, di masjid dan surau juga tidak berkecuali.
Aktiviti gossip menjadi sembang terbuka secara lebih moden dan canggih bukan hanya
di dada2 akhbar, di majalah, malahan turut meluas di internet, blog dan facebook.
Ahli politik, ahli perniagaan, ahli jemaah surau dan masjid, ahli persatuan masyarakat,
persatuan pengguna, persatuan wanita, artis dan pelakon, lelaki dan perempuan,
di kampung mahu pun di bandar, di dalam pejabat atau di luar pejabat.
Mengata dan dikata menjadi aktiviti yang agenda harian masyarakat kita.

Kita sanggup menghabiskan berjam2, berminggu, malahan mengambil masa berbulan
mengutarakan gossip dari isu yang sama tidak berkesudahan.

Hari ini kita mengata orang.
Esok orang mengata kita.
Lusa dua2 mengata pula antara satu sama lain
hingga menjadi musuh akibat kata mengata.

Orang lain terus bekerja dan berusaha.
Orang lain terus merebut peluang.
Orang lain terus bekerja keras membina nama dan kerjaya.
Bangsa lain terus memberikan sokongan kepada bangsanya sendiri.
Bangsa lain terus membina network secara sihat dan bersaing secara baik.
Bangsa lain terus bekerja sebagai satu pasukan yang erat.

Tetapi aktiviti mengata dan dikata menyebabkan kita makin bermusuhan.
Mengata dan dikata menyebabkan musuh kita semakin ramai.
Mengata dan dikata menyebabkan hidup kita tidak harmoni.
Mengata dan dikata mempeorakperandakan masyarakat kita.
Mengata dan dikata menyebabkan kita terus berburuk sangka sesama kita.
Mengata dan dikata menyebabkan haru biru dan berpecah belahnya bangsa kita.

Jendela hati Faridah membawa peringatan untuk diri ku sendiri, sedikit demi sedikit berusahalah
untuk menjauhi aktiviti kata mengata.
Bagaimana caranya?
*Jangan menyampuk jika kawan kita memburukkan seseorang.
*Jangan memulakan cerita tentang kelemahan orang lain.
*Jangan menyertai kelompok yang sedang bercerita tentang buruk orang lain.
*Berdiam diri itu lebih baik jika kita dalam kelompok mereka.
*Jika kawan kita memburukkan orang lain melalui telefon, mohon maaf
kepadanya menyatakan kita mempunyai urusan lain.
*Sibukkan diri kita dengan aktiviti yang bermanfaat.

Marilah kita berazam untuk menjadi insan yang lebih banyak memberikan manfaat
kepada orang lain berbanding menyumbang kepada keburukan untuk diri sendiri dan masyarakat kita.
Pada usia yang masih berbaki seperti aku sendiri, sesungguhnya hidup tanpa mengata
dan dikata ialah suatu anugerah ketenangan yang nyata.

Ya Rabbi, jauhilah aku dari sikap yang keji dan mengeji.
Lindungi aku daripada menjadi manusia yang mempunyai  lidah bercabang.



No comments:

Post a Comment