Followers

Monday, March 14, 2011

Jendela Hati Faridah


                                
  Kebahagian keluarga Yang Semakin Tercabar |
di Tengah Kemuliaan Penciptaan Wanita
Kita wanita yang mulia.
Islam mengiktiraf kita sebagai makhluk yang mempunyai kelayakan untuk menerima tanggungjawab dan tugas,pembalasan dan pengiktirafan,
dan berhak pula untuk mendiami syurga Allah. Islam menghargai kita
sebagai wanita yang terhormat selaras dengan hak2 kemanusiaan yang diletakkan ke atas kaum lelaki kerana lelaki dan wanita merupakan dua bersaudara yang dilahirkan oleh satu ayah dan satu ibu iaitu Adam dan Hawa.

wanita dan lelaki berasal daripada keturunan yang sama. Ciri2 kemanusiaan antara kedua2nya juga adalah sama. Di akhirat kelak, kita sma akan menerima tanggungjawab untuk menerima ganjaran dan pembalasan daripada Allah SWT.

Wanita adalah penyempurnaan kepada kejadian lelaki.

Kitalah teman hidupnya. Kita telah dicipta secara berpasangan dengan lelaki.
Roh dan jiwa lelaki dan wanita tidak akan sempurna tanpa pasangannya. Dan Allah mencipta kita dari jiwa yang satu untuk menlengkapi dan menyempurnakan kejadiannya.
Daripadanya pula Allah mengembangbiakkan lelaki dan wanita  untuk menyatupadukan hambanya.
Begitu banyak petunjuk al Quran yang menjelaskan kejadian lelaki dan wanita sebagai hamba yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Sebagai isteri, pastinya kita mendambakan sebuah perkahwinan bahagia yang disulami
kasih sayang antara satu sama lain.
Namun begitu, rasa kasih sayang sahaja tidak mampu menjadi lambang kebahagiaan seandainya pasangan tidak disulami dengn pegangan agama yang kukuh.
Hanya dengan dua syarat sahaja. setiap wanita akan mendapat naungan
sebagai wanita solehah iaitu mentaati allah serta rasulNya dan kedua dengan taat kepada suaminya.

Begitu mudah untuk mendapat kasih sayang sejati dari Allah dan suami.
Namun cabaran hidup semasa memberikan cabaran dan fenomena yang jauh berbeza daripada yang kita harapkan. Inilah yang menjadikan rumahtangga dan perkahwinan hari ini benar2 tergugat.

Isu poligami, perceraian, kes digantung tidak bertali, isteri bekerja
suami goyang kaki, pendapatan isteri lebih besar dari suami, isteri mempunyai
pendidikan lebih tinggi berbanding suami, jumlah pelajar wanita
di universiti lebih ramai daripada lelaki, isu keruntuhan akhlak muslim,
masalah pelacuran, keluarga terbiar, isu penderaan isteri oleh suami sendiri,
masalah pembuangan bayi, ibu bapa yang dibiarkan
dan sebagainya menyebabkan hasrat untuk mewujudkan
'Rumahku Syurgaku' menjadi semakin sukar.

Mampukah kebahagiaan perkahwinan dan rumahtangga dipertahankan
dalam kekalutan isu dalam masyarakat dewasa ini?
Menakutkan. Betapa pun kita berperanan dengan sebaiknya di rumah sebagai isteri dan ibu terbaik, tetapi jika suasana di luar rumah begitu hebat mencabar iman dan diri,
mampukah kita dan keluarga terus bertahan.
Inilah yang akan terus dikongsikan dalam Jendela Hati Faridah

No comments:

Post a Comment