Followers

Wednesday, March 9, 2011


Salam kebahagiaan.

Blog Seribu Bintang Faridah
akan turut memaparkan entry berkaitan dengan hiasan dalaman rumah dalam dan luar negara.

Sebahagian daripada entry ini adalah di dalam koleksi peribadi saya atau juga yang saya ambil daripada majalah2 hiasan dalaman.
Minat yang mendalam terhadap hiasan rumah menyebabkan saya mengumpulkan begitu banyak hiasan dalaman daripada dalam dan luar negara.
Ketika melancong ke luar negara, saya juga membeli banyak koleksi peribadi dalam bentuk pinggan, koleh, mug, kunci, hiasan dinding dan sebagainya.

Lantaran minat itu juga, banyak seminar dan bengkel hiasan dalaman yang pernah saya hadiri. Cuma sejak kebelakangan ini kerana kesuntukan waktu dengan jadual busines di sana sini, saya tidak lagi menghadirinya. Cuma minat tetap ada dan tidak pernah hilang.

Semoga perkongsian ini akan mencetuskan idea kepada peminat2
hiasan dalam semua dengan menonjolkan cara gaya dan cita rasa yang pelbagai dalam hiasan rumah tanpa berniat untuk menonjolkan kekayaan atau kemewahan milik sesiapa.

Hari ini saya paparkan sebuah hiasan kediaman yang terletak di Puchong Selangor. Semoga bermanfaat untuk semua yang meminatinya.

Kolam ikan menyambut kehadiran tetamu.

Tuan rumah meminati konsep kedesaan Inggeris.
Dengan hiasan kertas dinding, kunsyen2 comel yang dibeli ketika melancong
ke luar negara.
Ruang tamu ketiga...juga dengan konsep hiasan yang sama.
Hiasan langsir dan corak yang sepadan dengan sofa pilihan tuan rumah.

Cermin hiasan besar di hadapan pintu masuk utama.
Simple tetapi meninggalkan kesan mempesona.

Minat tuan rumah kepada langsir siku keluang kelihatan di setiap sudut
pintu dan tingkap.
Meja makan dengan lapan kerusi di tengah2 ruang
rumah yang lapang.
Ruang tamu ketiga yang juga menjadi ruang untuk majlis
solat hajat, usrah dan bacaan yassin.
Hiasan dindingnya dengan frame cermin bercorak bunga.

Ruang tamu kedua berhampiran meja makan.
Hiasan dindingnya mencuri perhatian mata.
Sudut tempat kesukaan tuan rumah membaca, mengaji dan menelaah
di bilik tidur utama di tingkat atas.
Bilik tidur utama.
Lapang dan ringkas.
Bilik tidur utama.

Bilik tidur anak2 di tingkat atas.
Dari pintu msuk utama.
Banyak hiasan kecil yang menjadi koleksi tuan yang rumah yang dikumpul
ketika melancong keluar negara.

Ruang dapau kering...hiasan kecil menjadi tarikan di
atas kabinet berhamoiran sinki.
Langsir dapaur yang menarik.
Sebahagian pemandangan di dapur kering.













1 comment:

  1. menarik... tertarik... memang cantik la kakdah.. erm.. saya pun minat ala2 inggeris style.. tapi bercampur gak hiasan kat rumah saya nih... huhuhu

    ReplyDelete