Followers

Saturday, March 12, 2011

Berehat Dengan Sempurna Di Bilik Nan Indah

Merebahkan badan di tilam empuk.
Jam 2 atau 3 pagi boleh bangun solat Tahajjud dan solat hajat.
Mendapatkan rehat yang secukupnya selepas kembali
daripada mencari rezeki.Carilah kebahagiaanmu di dunia
tetapi jangan lupa kehidupanmu di akhirat nanti.
Lapang dan selesa
sebagaimana lapangnya hati
orang2 yang sabar dan reda dengan segala ujian Allah SWT.
Tidak salah mencari kesenangan dan
kekayaan di dunia.
Sederhana tetapi tidak membazir.
Sederhana itu luas konsepnya.
mendamaikan.
Hidup ini adalah pilihan kita sendiri
termasuk pilihan warna dan corak hiasan di bilik tidur.
Moden dan gaya moden.
Gaya macam bilik pengantin.
Sepanjang usia melayan pasangan bagai pengantin baru.
Alangkah bahagianya.
Gaya Inggeris penuh flora
Hitam putih corak gaya baru.
Pelbagai warna yang merangsangkan minda.
Ungu menjadi pilihan di bilik tidur ini.
bunga2 penyeri bilik.
Katil bertinag menjadi pilihan di bilik tidur ini.
Krim coklat.

Corak flora menjadi pilihan untuk langsir dan cadarnya.

Lapang

Sejuk dan mendamaikan.
Pilihan di tangan anda.
Terpulanglah kepada kemampuan dan cara gaya anda
untuk menghiasnya mengikut kemampuan dan citarasa anda.



Aku pula sukakan perabot kayu di bilik tidur.
aku juga mahukan bilik tidur yang lapang dan luas tanpa sesak
dengan banyak perabot.
Paling penting gaya  Inggeris kesukaan ku.
Boleh dikatakan jika di rumah, selepas anak2 ke sekolah
maka aku banyak menghabiskan masa di bilik tidur ku.
Pelbagai hobi kesukaan ku buat di sini seperti menulis blog,
mengaji alQuran, mengerjakan ibadah2 sunat, mengerjakan
solat berjemaah sekeluarga, mencari bahan rencana, membaca akhbar
dan majalah, membaca buku, melayari internet, 
menyemak level sales,menggunting dan membuat koleksi gambar2
dan majalah, menghubungi rakan kongsi, berbincangan dengan suami,
menyemak homework anak2 dan sebagainya.

Setelah seharian penat bekerja, maka tempat yang paling aku
suka untuk berehat ialah di bilik nan indah.

Semoga dapat dimanfaatkan untuk mencetuskan idea
bagi yang sedang mencari idea.

Selamat beristirehat.











No comments:

Post a Comment