Followers

Tuesday, March 15, 2011

Jendela Hati Faridah

3 TAHAP PENDIDIKAN ANAK2


Tahap Pertama
Dari usia sehari sehingga usia 6 tahun.
Berikan kasih sayang, belaian, kemanjaan, usapan dan pelukan sahaja.
Jangan dirotan, diberi amaran, kekerasan, ancaman, pukulan, rotan dan hukuman fizikal.
Di tahap ini anak2 tidak mengerti apa itu hukuman, mereka tidak faham dan tidak tahu mana yang boleh mana yang tidak boleh, mereka tidak mengerti tentang ancaman, denda atau hukuman.
Bayi dan kanak2 di tahap ini juga tidak boleh membezakan mana yang betul dan tidak betul, mana yang benar atau palsu, mana betul atau salah.
Curahlah sepenuh kasih sayang kepada anak2 kita.


Tahap Kedua
Dari usia 7 tahun hingga 12 tahun.
Berilah pendidikan, arahan, nasihat dan bimbingan.
Tahap kedua banyakkan latihan dan pendedahan seperti melakukan kerja2 rumah, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, tanggungjawab terhadap pelajaran,
agama dan sebagainya.
Banyakkan bersama dengan memberi contoh teladan seperti solat berjemaah,
makan bersama, melakukan kerja rumah bersama dan seumpamanya.
Hukuman, denda, rotan, marah dan balasan perbuatan,boleh dikenakan dengan tujuan
untuk mendidik bukan untuk mencederakan. Kesilapan mereka dengan guru2
di sekolah jangan dibela. Siasatlah jika mereka mengadu.
jangan terus membela anak.
kesilapan mereka mesti diterangkan logiknya agar mereka memahami  kesilapan
yang mereka lakukan. Jadi anak2 tidak akan berdendam dengan kita.
Jika mereka bersalah, jangan ungkitkan kesilapan lama. denda yang diberi mesti berdasarkan
kesilapan semasa bukannya kesilapan lampau.
Di samping terus memberikan bimbingan, yunjuk ajar, kata nasihat.
berdoalah agar anak2 lembut hatinya, mendengar nasihat dan menjadi anak2 yang baik.


Tahap ketiga.
Dari usia 13 tahun hingga dewasa dan selama2nya.
Layanlah anak2 sebagai kawan remaja yang semakin matang.
banyakkan berbual, bersembang, berchit chat pun tak apa. Rotan, kekerasan dan hukuman mesti dielakkan malahan langsung tidak lagi boleh digunakan pada tahap ini.
Jika digunakan anak2 remaja akan menjadi keras, memberontak, melawan malahan
ada yang akan lari meninggalkan rumah.
Jika kita tidak berkawan atau menjadi kawan kepada anak2 remaja kita pada tahap ini, mereka akan mencari kawan sebaya dengan mereka dan inilah yang banyak merosakkan remaja.
Tetapi jika kita bijak dan pandai melayan anak remaja kita, mereka boleh bercerita apa isu sekalipun, boleh bertepuk tampar dan menjadikan kita sebagai ibu dan ayah tempat rujukan segala masalah dan pertanyaan.
Ingatlah...anak remaja sedang keliru tentang identiti mereka sendiri pada usia ini.
.Mereka harus mendapat sumber maklumat yang betul daripada orang
yang paling rapat dengan mereka.
Siapa lagi jika bukan kita.
Maka kita juga kena banyak mengikuti perkembangan remaja agar
kita boleh "ngam" apabila anak remaja kita bercerita tentang lagu Jepun
atau Korea kesukaan mereka, gajet terkini, filem terbaru, internet atau apa saja.

kena sentiasa up to date kata orang putih.
Jika kita ketinggalan, anak2 remaja tidak akan berkawan dengan kita.
Pada saat ini, kita juga mesti menghormati perasaan mereka, amanah dengan janji kepada mereka.
menyelongkar beg sekolah, bilik tidur, diary peribadi atau hp mereka adalah perlanggaran amanah yang tidak disukai oleh anak2.
Walaupun kita berhak, tetapi kita mesti bijaksana anadai kita mahu mengenalpasti
kesilapan salah laku anak kita.

Semoga kita terus berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak2 kita.
Jangan cepat berputus asa.
belajarlah memperbaiki kesilapan mendidik anak2.
Railah mereka sepanjang masa. Anak2 adalah amanah yang Allah berikan.
Bersyukurlah kerana kita terpilih diberipinjamkan rahim yang sihat dan subur serta
diamanahkan untuk mengandung dan melahirkan seorang khalifah Allah SWT yang mana tanggungjawab ini tidak mampu dipikul oleh makhluk yang lain.
Kitalah ibu bapa terhebat dan terbaik.
Carilah ilmu berterusan dalam mendidik anak2.
Semoga kita mampu mewujudkan

'RUMAHKU SYURGAKU'

SALAM KEBAHAGIAAN.



No comments:

Post a Comment