Followers

Tuesday, March 22, 2011

Tips Rumahtangga Bahagia


JENDELA HATI FARIDAH

Selamat Pengantin Baru
Nik Mohd Samhan dan Hasni

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang paling suci dan mulia di dalam Islam.
Pembentukan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan bermula dengan hubungan
komunikasi yang baik antara suami dan isteri sebagai watak utama dalam perkahwinan.
Peranan kedua2nya adalah sangat penting dalam mencapai sebuah perkahwinan yang sejahtera.

Hampir 21 tahun bersama di alam rumahtangga.
Bukan tidak pernah berselisihfaham, bermasam muka atau merajuk.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri yang berbeza watak dan
peribadinya berada di dalam satu bumbung melayari kehidupan.
Maka hari in,beberapa tips akan aku kongsikan dengan sesiapa jua yang melayari  blog ini.

* SENTIASA SENYUM
Senyuman akan menggembirakan semua orang yang memandang kita termasuk pasangan kita.
Setiap orang mahu dicintai dan dikasihi.
Senyuman ikhlas akan mengahrumkan hubungan suami isteri.
segala penat lelah keluar bekerja akan hilang apabila melihat isteri melemparkan senyuman manis kepada suami.
Bukankah dulu suami terpikat kepada kita lantaran senyuman manis itu?
Bukankah senyuman yang melirik itu yang menyebabkan suami menyenangi kita lalu berusaha untuk mengorak langkah memikat kita sehingga kita jatuh cinta dan berkahwin denganny?
Ingat, janganlah menunjukkanmuka yang masam dan kelat kepada suami walaupun kita terlalu letih, penat atau marah. Ukirlah senyuman seikhlas hati anda tatkala anda masuk ke kereta ketika
suami mengambil anda di pejabat, ciumlah tangannya menandaakan anda terus taat dan mencintainya.
Elakkan membawa masalah pejabat, masalan rakan dengan suami kita.

Suami juga layanlah isteri yang sama2 penat dengan senyuman anda.
Balaslah senyuman isteri dengan senyuman anda pula.
.Jangan lempiaskan kemarahan dengan urusan pejabat kepada isteri dan anak2.
Isteri terlalu lembut perasaannya dan layanilah dia dengan selembut2nya.
Kekerasan tidak diperlukan dalam membina rumahtangga yang bahagia.
Sebaliknya layanan yang mesra, senyuman yang memikat, keikhlasan hati dan
bersedia untuk berkhidmat menjadi petua berguna yang sangat penting dalam
membina rumahtangga yang sejahtera.
Cintanya pasti berkekalan untuk kita.I
nilah tips penting yang terus menyemarakkan cinta dan kasih sayang yang menjadi
petua berguna untuk kekal bahagia dan sejahtera. Alangkah indahnya rumahtangga kita.


* MENJAGA PENAMPILAN
Isteri yang kemas, cantik, sentiasa wangi, sopan dan berbudi bahasa menjadi penyenang hati dan menggembirakan suami.
Sambutlah kepulangan suami dengan keadaan yang ceria dan gembira.
Ini menjadi daya tarikan yang memikat hati suami.
Jangan biarkan suami melihat kita selekeh, tidak terurus, berpakaian ala kadar, bersarung batik dan T Shirt
sahaja setiap kali dia tiba di rumah.
Bau2an ketika memasak hendaklah dibersihkan apabila bersama suami.
Jangan pula berlebih2an dalam penampilan kita sehingga suami merasa juak dengan kita.
Cukuplah dengan pakaian yang kemas dan sopan, solekan yang tipis, wangian yang lembut dan
wajah yang sentiasa ceria. Ini akan membuatkan suami bangga dan sentiasa merasa selesa dan
menjadikan hubungan suami isteri lebih rapat dan mesra.

* TIDAK MENGGANGGU TIDURNYA
Aku sangat ingat pesan ibuku. Katanya dulu sewaktu aku mula2 melangsungkan perkahwinan
"Jangan diganggu ketika suami sedang berehat atau tidur".

Dan aku terus mengamalkannya sehingga saat ini selama hampir 21 tahun perkahwinan kami.
Jika suami kita sedang berehat dan tidur, jangan sekali2 mengganggunya.
Jagalah anak2 supaya tidak bising yang boleh menggangu tidur dan rehatnya.
Bawalah mereka bermain diluar bilik tidur kita.
Jangan pula menyusahkan suami dengan perkara remeh temeh sewaktu dia sedang tidur.
Contonya mengejutkan suami untuk membeli satu atau dua barang dapur,
memintanya membuang sampah atau melayan orang datang meminta sumbangan di pagar rumah.
Ini boleh mengganggu waktu rehatnya.
Berusahalah untuk melakukan sendiri jika kita mampu.

Perkara ini sangat kecil sahaja tetapi ramai isteri yang memandang mudah
malahan tidak pernah mengendahkannya.
Suami akan lebih menghormati kita kerana kita menghormatinya.
Secara tidak langsung,kasih sayang dan cinta akan menjadi lebih harum semerbaknya.


* MERAIKAN TARIKH2 PENTING BERSAMA
Pembabitan anak2 dalam keluarga sangat penting untuk menceriakan rumaahtangga kita.
Raikanlah bersama hari ulangtahun perkahwinan kita, hari ibu atau bapa,
ulangtahun suami, ulangtahun kita dan anak2 juga.
Tak perlu berbelanja besar.
Cukuplah dengan membeli sebiji kek dan berkongsi hadiah untuk diberikan kepada orang yang diraikan.
Ajaklah suami dan anak2 membeli hadiah atau kek untuk ahli keluargaBoleh juga kita membuat sambutan kecil di luar seperti di McDonald atau KFC atau mana2 tempat yang sesuai dengan budjet keluarga.
Bawalah kamera untuk merkamkan detik2 indah itu.

Malahan boleh juga kita raikan ulangtahun nenek dan pembantu rumah  bersama.
Pembantu sudah menjadi seperti keluarga sendiri.
Ini mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Saling berkasih sayang, hormat menghormati,
saling menghargai dan merasai kepentingan setiap anggota sebagai suatu keluarga
akan memberikan suasana rumahtangga yang lebih bahagia dan harmonis.



* MENJAGA DAN MENGEMASKAN BILIK TIDUR
Ramai isteri yang kurang perihatin tentang aspek ini. Suami kita jarang bersuara menyatakan rasa tidak selesa dengan bilik tidur yang berbau, cadar dan sarung bantal yang hapak, pakaian yang disangkut di sana sini,
sampah yang tidak dibuang dan sebagainya.
Tetapi hakikat sebenarnya semua manusia sukankan kebersihan dan keindahan
termasuklah pasangan kita.
pastikan bilik tidur kita sentiasa kemas dan bersih.
Walau sesibuk mana sekalipun kita, susunlah bilik tidur kita agar sentiasa kemas, bersih dan selesa.
Keluarkan baju2 yang kotor. Buang smpah dan kertas2 yang tidak diperlukan
.Susun dan kemaskan almari atau kabinet pakaian kita dua minggu sekali atau mengikut keperluan.
Tukarlah cadar dan sarung bantal seminggu sekali.
Bersihkan meja solek dan meja sisi apabila nampak mulai bersepah dengan peralatan dandanan diri kita.
Gantikan tuala mandi seminggu sekali.
Lipatlah sejadah dan telekung serta letakkan di tempat yang sesuai.
Jangan dibiarkan sejadah dan telekung di atas lantai tanpa dikemaskan dalam tempoh yang lama.
Jika bilik tidur juga menjadi ruang bacaan, kemaskan buku, akhbar
dan majalah2 di rak yang disediakan.

Pada hujung minggu, bukalah tingkap seluas2nya agar udara bersih masuk
untuk menggantikan udara kotor. Jika kita berkemampuan, gunalan 'air treatment system'
untuk merawat udara di bilim tidur.
Jika suka, gunalah wangian bilik untuk mengharumkannya.

Tips2 yang dikongsikan ini mudah sahaja.
tetapi jika tidak diamalkan, ia hanya tinggal tips semata2.
Warnailah rumahtangga dan perkahwinan kita dengan warna2 yang ceria, harmoni dan sejahtera.
Sebagai isteri, kitalah pelakon dan pelukis yang akan mencorakkan kanvas kehidupan dan perkahwinan kita.
Jangan kecewa, mengeluh atau bersedih hati.
Hidup yang bahagia didambakan oleh semua orang.
Bergembiralah.
Sabar, reda dan berhikmahlah dalam mencorakkan kebahagiaan keluarga.
Banyakkan berdoa dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik
untuk rumahtangga dan perkahwinan kita.

Salam kebahagiaan untuk pagi Selasa yang indah ini.
Salam sejahtera.








No comments:

Post a Comment