Assalamualaikum WRBT,
Dua hari tidak mencatat entry baru di ruangan ini. Jadualku padat.
Bermula Jumaat 18 Mac hingga 20 Mac, aku berkesempatan menghadiri
Bengkel Penulisan Super Anjuran Akademi Penulisan di Wangsa Melawati KL.
Bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam10.30 malam.
Hari penutup semalam, program tamat jam 6 petang.
Wah! ini pengalaman baru. Seronok dan gembira dapat menghadiri bengkel ini.
Dah tiga kali menghadiri bengkel dan seminar penulisan anjuran Akademi Penulisan ini.
Banyak perkara baru yang dipelajari.
Pelbagai info dan maklumat baru yang didedahkan.
Bengkel tiga hari ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na'im Ishak
Pengasas dan pengarah Urusan PTS Profesional Publishing SDN BHD.
Pengalaman beliau selama 11 tahun diterjemahkan di dalam bengkel tiga hari ini.
Aku kagum sekali. Beliau dikira orang yang paling tepat untuk
bakal penulis menyelami dunia penulisan.
Beliau bukan sekadar seorang penulis, tetapi juga seorang penerbit,
pengasas dan pengarah urusan kepada sebuah syarikat penerbitan besar di tanah air.
Aku memang bercita2 mahu menjadi penulis buku.
Ia sebagai khazanah untuk aku kongsikan ilmu dan pengalaman kepada anak cucu, teman2 dan warga Akademi Taipan 181 serta pembaca sekelian.
Semoga ini menjadi permulaan untuk aku memulakan langkah.
Semoga impian ini akan direstui dan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin.

Bengkel tiga hari yang menjadi pemangkin untuk aku memulakan langkah menjadi penulis. |
Dunia Penulisan dan penerbitan yang serba baru bagi ku. |
Suatu pendedahan dari orang yang berpengalaman yang bermula dari kosong. Tahniah Tuan Fauzul Na'im Ishak. |
Bersama Cik Rozita dari PJ, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta. |
Dr Mariam dan Cik Fatimah yang sama2 menghadiri bengkel ini. Banyak kenalan dan pengalaman baru apabila bersama2 mahu menyelami dunia penulisan. |
Bersama Tuan Zamri Mohammad, penulis bebas yang sedang mencipta nama di Malaysia. Sudah tiga kali aku menghadiri bengkel dan seminar kelolaan Tuan Zamri. |
3 hari berbengkel....baru tahu susah senangnya mahu menjadi penulis buku. Dah datang baru tahu. Tahniah kepada kesemua 13 orang peserta bengkel ini. |
Pn Azura dari Puchong Intan. seorang guru yang telah menerbitkan bukunya sendiri. Ini buku yang pertama terbitan beliau. Tahniah dan hebat...Permulaan yang baik bagi Pn Azura. |
Dr Mariam dari UITM Shah Alam menerima sijil daripada Tuan Zamri Mohammad. Tahniah Dr Mariam. |
Bangganya...Tahniah Faridah Mohd Ali. Anda bakal menjadi penulis super. |
Sijil penyertaan daripada Akademi Penulis SDN BHD. |
Dah jadi Alumni Akademi Penulisan. Gembira bersama kawan2 dan kenalan baru dalam bengkel tiga hari ini. |
Menerima sijil penyertaan daripada Tuan Zamri Mohammad. |
Sebuah modul lengkap untuk menjadi penulis super... Satu Langkah Ke Arah Menjadi Penulis Bestseller Apa komen anda? Apakah buku yang anda perlukan? Apakah bidang penulisan yang patut saya hasilkan? |
nak jugak ni kak
ReplyDeleteya baguslah, mencari peluang untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa saja melalui penulisan buku. Semuanya bermula dengan langkah pertama.
ReplyDelete