Followers

Monday, March 7, 2011

Pet Save

Balik sekolah, sampai je rumah main dengan Tuah dulu.
Mendokong Tuah sudah menjadi kewajiban bagi Irah
setiap kali sampai ke rumah dari sekolahnya.
Petang semalam selepas selesai melawat CDM Kartini
di Colombia Asia Hospital,
kami ke Pet Save di Taman Melati Gombak.
Dah selalu datang ke mari mencari pelbagai barangan
untuk Tuah. Semua keperluan ada di sini.
Keberanian  orang Cina berniaga, buka kedai macam ni
pun boleh jadi kaya.
Hud untuk mengikat binatang peliharaan.
Pilih sahaja mana yang berkenan.
Pelbagai pilihan baju, t shirt dan gaun yang disediakan
supaya Tuah nampak lebih handsome dan menarik.
Aku beli gak dua pasang untuk Tuah.
Mana tau kot nak bawa Tuah berjalan makan angin.
Kenalah pakai baju.
pecah berderai Dzul ketawa melihat aku pula yang beriya2.
Macam memilih barangan untuk anak baru.

Tali panjang diguna untuk diikat pada leher Tuah
ketika membawa Tuah bersiar2 makan angin.
Tak adalah Tuah lari lagi.

Macam2 pilihan makanan yang ada dijual.
Pilih saja yang mana menjadi kegemaran.

Ini pula segala permainan untuk binatang kesayangan.
Aku ambil tiga barang mainan untuk Tuah.
Syampoo, losyen badan, ubat2 telinga, pemakanan tambahan,
macam2 lagi untuk penjagaan kesihatan yang sempurna.
Lengkap semua keperluan.
Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki Tuah.

Banyak juga habis duit membeli keperluan si Tuah
petang semalam  kat Pet Save ni.
Lebih RM400.
Mak oooiii....detik hati ku.
Alahai Tuah! Tuah!

1 comment: