Followers

Thursday, March 10, 2011

Belajar di IISKD

Inilah rezeki anak2.
Irah dan Aisyah belajar di Integrated Islamic Shcool Kota Damansara (ISISKD).
Setiap pagi kami menghantarnya ke sekolah.
Cuma sebelah petang jam 5 petang, mereka pulang dengan teksi. jarak sejauh 35 KM dari rumah kami menuntut teksi meminta bayaran yang agak tinggi untuk teksi iaitu
RM900 untuk pulang sahaja.
tetapi aku tiada pilihan. Kami boleh menghantar anak2 pagi sahaja.
Petang selalunya sibuk dengan segala appoiment dan demo.
Aisyah anak bongsu dari empat beradik. Sekarang darjah tiga di IISKD.
Mulutnya becok. Suka membaca buku
dan bercerita. Cita2nya mahu menjadi wanita yang hebat seperti mamanya.
Dia cukup bangga dengan kejayaan aku.
" Mak saya CDM" Katanya kepada kawan2nya di IISKD.
Lancar menghafaz ayat2 Surah Lazim. Semua ingat di mulut.
Inilah hasil pendidikan yang baik di sekolah yang terbaik.
Yurannya mahal sedikit tetapi amat berbaloi.
Solatnya tidak perlu disuruh dan dikerah berulang kali.
Dia sudah tahu.
Ada waktu dia yang mengejutkan aku untuk berjemaah subuh.
Syukurlah.
Untuk mereka berdua, aku membelanjakan hampir RM2900 sebulan untuk persekolahan mereka berdua di IISKD. tetapi memuaskan hati.
Tahun lepas Aisyah belajar di At Tamimi International Islamic Shcool di USJ 25.
tahun ni rezeki lebih, aku pindahkan ke sekolah yang lebih baik bersama Irah yang naik ke tingkatan 1 di IISKD.
Sewaktu menerima sijil penghargaan dari At Tamimi International Islamic School
akhir tahun lalu.
Pencapaian Irah sederhana tetapi pada aku yang paling utama ialah sahsiah yang baik, terpuji, menghormati orang tua, akhlak yang mulia, tetap mendirikan solat dan ibadah yang lain.
Aku amat berpuas hati dengan hasil pada Irah dan Aisyah sejak mereka belajar di ISSKD.
Peningkatan dalam pelajaran semakin ketara.
Penekanan kepada ibadah dan akhlak amat jelas sejak belajar di sini.
biarlah mahal sedikit.
Aku rela berkorban demi mereka.
aku sanggup melakukan apa saja demi anak2ku.
yang penting anak2 mendapat pendidikan yang sempurna untuk pelaburan masa depan mereka.


No comments:

Post a Comment