Followers

Wednesday, March 16, 2011

Hobi Anak2.

Anak2ku, Mohd Adib, Irah dan Aisyah memang suka membaca.
Hobi mereka membaca. Kebanyakan koleksi buku mereka ialah
novel2 Inggeris dan buku2 fiksyen. Semalam anak2 ku mengajak
aku ke Kedai Buku Popular di IOI Puchong Jaya.
Dua jam menghabiskan masa di sana. Aku biarkan anak2 memilih apa
saja buku yang mereka mahu.
Adib yang akan pulang ke Cairo hari ini menghabiskan hampir RM 300
untuk pelbagai kitab, buku, novel dan peralatan menulisnya.
Novel2 sejarah Islam paling diminatinya.
Semuanya akan dibawa ke Cairo hari ini.

Minat Adib terhadap kitab2 dan buku2 syariah juga makin bertambah.
banyak buku dalam bidang2 itu yang dibelinya untuk
dibawa pulang ke Cairo.

Irah dan Aisyah pun sama. Hobi membaca makin tertanam dalam diri mereka.
Untuk kedua2nya, aku tetapkan matlamat setiap minggu mesti habis sebuah buku sama ada
buku fiksyen atau novel Inggeris.
Irah tidak langsung berminat dengan novel2 Melayu.
Semua novel koleksi milik Irah adalah novel Inggeris.
Mungkin kerana pengaruh belajar di IISKD.
kawan2 sekolah Irah juga hanya membaca buku2 berbahasa Inggeris.

Aisyah pula banyak koleksi buku cerita kanak2. Dia kaut semua.
Buku bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sama2 disukainya.
Minat membaca Aisyah lebih tinggi berbanding Irah.
Aisyah boleh menghabiskan sebuah buku yang tebal setiap hari.
Dia memang kemaruk buku.
Dzul yang banyak berusaha menanam minat membaca kepada anak2.
Dia minat semua topik buku.
Tetapi paling dia minati ialah sejarah.
Dulu aku pun kurang minat membaca kecuali majalah2
untuk wanita dan kekeluargaan.
Tetapi minat itu semakin bercambah setiap kali Dzul mengajak
aku melihat dan melawat kedai buku.

Semalam kami berhabisan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi hobi
anak2 kami. Tetapi itu semua tak penting lagi apabila minat mengatasi segalanya.
Yang penting minat anak2 kepada perkara yang betul.

No comments:

Post a Comment