Followers

Tuesday, March 8, 2011

Mama Sering Lupa

Bersama anak2 yang meraikan ulang tahun kelahiranku
pada 8 Januari lalu.



Anak2ku Aimi, Adib, Irah dan Aisyah....
Sering saja aku tiba di rumah ketika anak2ku sudah pun terlena.
Ada waktunya jam 1 pagi, malahan ada juga aku tiba ketika hampir kedengaran azan Subuh dari masjid rumahku. Inilah yang mama lakukan demi masa depan Aimi, Adib, Irah dan Aisyah.

Tetapi peristiwa pagi tadi merentap perasaaan keibuan ku.
Waktu ku menghantar Irah dan Aisyah ke sekolah pagi tadi, aku perasan bahawa Irah terdiam tidak bercakap sepatah pun jua.
Sarapan pun tidak disentuhnya.
Irah melayan diri sendiri
. Aku juga hanya bercakap dengan Aisyah sahaja sepanjang perjalanan ke sekolahnya
di ISSKD Kota Damansara.

Apabila tiba di sekolah, Aisyah seperti biasa bersalaman dan mencium pipi ku dan abahnya.
Tetapi Irah terus melangkah pergi.

Apabila suami ku memanggilnya beberapa kali, dia berpaling tetapi titisan air meta kelihatan bergenang di pipinya.
Aku kaget. Lantas segera keluar dari kereta menuju ke arahnya.
Segera aku memeluknya. Irah terus menangis teresak2.
Aku segera bertanya sebabnya.

Dia diam seribu bahasa. Aku jadi serba salah.
Sakit atau demam?
Bila berulang kali ku bertanya, barulah dia menjawab dengan perlahan
"Mama asyik lupa je nak belikan Irah Tafsir AlQuran tu.
Hari ni last cikgu pesan, sapa tak bawa kena denda. Mama asyik kata nanti dulu. Semalam mama janji nak beli tapi tak beli pun. Mama asyik sibuk dengan business mama aje".

Ya Allah...terduduk kat situ juga.
Inilah kealpaan ku. Kesibukan ku ada waktunya mengguriskan perasaan halus anak2ku.

Maafkan mama Irah.
Aku memeluknya erat.
Dan sesaat itu juga, aku memohon ampun dan maaf atas kelalaian ku.
Air mata berjuraian jatuh ke pipi ini melihat hati anakku terguris dek sikap lalai dan cuai ku.
Hampir aku terlupa akan tanggungjawab besar sebagai ibu.

Ya sudah hampir dua minggu Irah memesan agar aku membelikannya
AlQuran dan tafsiran untuk pengajiannya.
Banyak kali aku berjanji tetapi itulah aku.

Kesibukan ke hulu dan ke hilir membawa sikap bertangguh kepada anak sendiri.
Ada masanya, permintaan orang lain mampu ku penuhi tetapi permintaan anak sering terabai.
Walaupun segala keperluan hidup tersedia senang di depan mata,
tetapi ternyata aku tetap diperlukan anak2 ku.

Sekali lagi
"Maafkan mama Irah"
"Irah masuk kelas dulu, mama pergi cari kedai buku dan belikan segera.
Mama akan menghantarnya untuk Irah hari ini juga.
Jangan risau ya".

Tangisnya sedikit reda. Aku mengiringinya sehingga ke pintu utama sekolahnya.
Kemudian aku terus meluru masuk ke kereta dan menghenyakkan badan di dalam kereta.
Segera ku bercerita pada Dzul.
Terdiam Dzul tidak berkata sepatah jua.
Sedikit perasaan kesal muncul di wajahnya.
Kami terus singgah bersarapan di kedai makan berhampiran. Selepas itu kami segera mencari kedai buku. Alhamdulillah nasib baik ada.
Kami menunggu sehingga jam 10 pagi sebelum kedai dibuka.
Kami segera mendapatkan AlQuran tafsir seperti yang diperlukan Syahirah.

Alhamdulillah dalam jam 10.45 pagi, kami bersama2 naik ke kelasnya
di tingkat 2 bangunan ISSKD.

Irah masim nampak muram tetapi kelibat kami menyejukkan hati suramnya.
Aku memeluknya sekali lagi.

"Terima kasih mama dan abah ya.
Hari tu mama pesan minta Irah belajar betul2. Irah nak belajar betul2lah ni tetapi tolonglah, macam mana sibuk pun mama dengan abah, janganlah asyik lupa kat Irah dan Aisyah".

Sekali lagi, berderaian air mata ku.
Dzul tak terkata sepatah pun.
Dalam kereta sepanjang jalan pulang, kami terdiam seribu bahasa.

Hati ku berkata sendirian...
"Maafkan mama, mama juga sering terlupa"



No comments:

Post a Comment