Followers

Thursday, March 17, 2011

Jendela Hati Faridah


SOLAT BERJEMAAH MENGERATKAN HUBUNGAN
Salam hormat.
Salam kasih sayang.
salam bahagia.

Solat berjemaah di rumah sangat baik untukmembantu merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kesibukan kerja tidakpatut menjadikan alasan untuk tidak bersolat jemaah.
Setiap hari cubalah sekurang2nya satu atau dua waktu untuk bersolat jemaah.
Kita boleh memilih waktu yang sesuai dengan keadaan keluarga kita.

Aku sekeluarga selalunya akan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Anak2 sudah tahu dan tidak perlu disuruh lagi.
Sekitar jam 7.15 petang, Dzul mula bersiap2.
Suaranya kedenganran meminta Irah dan Aisyah menyiapkan diri untuk berjemaah.
Jika kebetulan Aimi dan Adib ada lagi bagus.Ramai sedikit jemaahnya.
Maka mereka bersiaplah. Ada yang mandi dulu, maklum dah seharian di sekolah atau bekerja.

Jika Adib ada di rumah kerana bercuti dari pengajiannya di Cairo, Adiblah yang menjadi imamnya.
Wah..sedapnya mendengar Imam Adib menimami solat.
Suaranya jelas.
Bacaannya siap dengan taranum dan lagunya.
Ayat yang dibacanya panjang2 ingat di mulut.
Macam gaya imam di masjidilharam. Aku rasa bertuah mempunyai anak seperti Adib.Syukurlah.

Jika Adib tiada maka Dzul menjadi imamnya.
Selepas berdoa, selalunya kami buat sedikit tazkirah keluarga.

Dzul merujuk banyak kitab dan buku.
Macam2 tajuk yang mudah dan simple.
Contihnya adab dengan ib bapa, menghormati orang tua, bersedekah, adab menuntut ilmu,
menjadi murid yang cemerlang, akhlak yang mulia, wuduk yang sempurna dan lain2 lagi.
Tak lama cuma 10 hingga 15 minit sahaja.
Ini kami jadikan usrah keluarga setiap kali selepas solat maghrib.
Selepas itu, baru berbual pelbagai tajuk lain sementara menunggu solat Isyak.
Jika kami tiada appoiment, kami akan menanti masuknya waktu Isyak bersama.

sementara masuknya waktu Isyak, anak2 berbual pelbagai topik.
Jika hari persekolahan, kami mengambil kesempatan untuk bertanya perihal sekolah mereka.
Banyaklah mendengar ketika anak2 bercakap.
berikan tumpuan dan penuh minat kepada anak2 ketika ini.
Mereka akan bercerita, mereka akan meluahkan masalah, mereka akan bertanya,
mereka akan mengadu, mereka akan bergembira dan macam2 lagi.

Ada waktu kami mengambil ruang ini untuk mengaji bersama2.
Surah2 yang pendek dan sesuai dengan waktu yang singkat. Ia menjadi bacaan keluarga. Contohnya surah Yassin, Surah Al Mulk, Surah Al Waqiah, Surah Ar Rahman dan lain2.
Tambahan pula Irah dan Aisyah memang kena buat hafazan. Maka ini kesempatan untuk melihat bacaan dan hafazan Al Quran dengan anak2.

Selepas itu kami akan solat Isyak secara berjemaah.
Alhamdulillah, ia sudah menjadi rutin keluarga kami setiap hari.
Kecuali ada waktunyanya kami ke out station, atau ada meeting atau ada appoiment.

Aktiviti solat berjemaah memang baik sekali.
Hubungan kekeluargaan menjadi rapat, anak2 menjadi lebih lembut hati dan mendengar kata,
pendidikan anak2 konsisten melalui usrah keluarga. Walaupun singkat dan ringkas sahaja,
tetapi topik2 yang dipilih adalah yang berkaitan dengan keperluan semasa.
Anak2 pula mengambl kesempatan untuk meluahkan apa sahaja ketika ini.
Banyak masalah dapat dielesaikan dalam perbincangan yang ringkas ini.
.
Walaupun aku sibuk ke`sana ke mari dengan pelbagai urusan bisnes,
tetapi waktu berjemaah Maghrib menjadi waktu yang kami nantikan setiap hari.
Mudah2an amalan yang baik ini terus berkekalan.

Salam, insyaallah kita berjumpa lagi.







1 comment:

  1. mudahan saya juga dapat terapkan dalam keluarga saya.insyaAllah

    ReplyDelete