Followers

Sunday, March 13, 2011

Adib Kembali Ke Cairo 15 Mac

Salam kegembiraan.
Anak ku Adib akan berangkat ke Egipt pada 15 Mac ini.
Sepatutnya malam tadi tapi ditunda ke hari selasa nanti.
Alhamdulillah lebih sebulan pulang ke Malaysia setelah diselamatkan dalam
Misi Piramid pada 12 Mac lalu.

Ramai kawan2 Adib yang tak pergi lagi.
Ramai yang ketakutan.
Ramai yang membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di sini.
Ramai juga ibu bapa yang membuat keputusan tidak mahu lagi anak mereka ke sana kerana kebimbangan tentang keselamatan
anak mereka yang masih belasan tahun di Cairo.

Alhamdulillah, kami sangat positif.
Adib tidak mahu berpaling ke belakang lagi.
Adib tetap mahu meneruskan pengajiannya di Maktab Al Bu'uth.
Sebagai ibu, aku tetap yakin akan cita2 dan kemahuan Adib.
Doakan saja agar segalanya dipermudahkan Allah SWT.

Jadi 15 Mac ini tarikh Adib akan kembali ke sana. Semuanya atas pembiayaan Kerajaan negeri Selangor.
Terima kasih. Wang rakyat harus kembali kepada rakyat.
Bukan macam setengah kerajaan negeri yang lain,mendabik dada meminta rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana membiayai kos tiket rakyat yang mahu kembali ke Mesir.
Memang wang itu wang rakyat. rakyat patut mendapatnya kembali.

Adib, sangat meminati pengajian Al quran dan
cenderung untuk mendalami bidang Syariah.

Adib sempat balik ke Kelantan jumpa mama tok dan wan. Adib juga
sempat juga menzirahi bapa saudara dan bapa saudaranya di kelantan.
syukurlah, Dia makin matang dan berani walaupun bersendirian
balik dengan bas.

Alhamdulillah, semoga Adib akan selamat sepanjang di Cairo.

No comments:

Post a Comment