Followers

Thursday, March 17, 2011

Jendela Hati Faridah


LEGGING...FAHAMKAN KEPADA ANAK2 KITA

Legging...Seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki keseluruhannya menjadi
fenomena pakaian anak2 gadis zaman ini.
ternyata pemakaian legging tidak menepati konsep penutupan aurat yang ditetapkan
oleh Islam walaupun ia menutupi kulit dan tubuh.
Legging kebanyakannya sangat nipis dan ia menampakkan alur bentuk punggung dan
celah kelangkang dengan amat terang sekali.

Walaupun legging menutupi kulit, tetapi ia bertentangan dengan syarat2
pakaian yang menutup aurat yang digariskan di dalam Islam.

Syarat pakaian menurut Islam sangat jelas...
*  Pakaian itu mestilah menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam
*Ia mestilah longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
* Ia mestilah tidak menyerupai pakaian bagi lelaki dan wanita kafir.
* Ia mestilah daripada warna yang suram dan gelap seperti hitam, biru tua, kelabu,
hijau pekat dan seumpamanya.
* Pakaian wanita Islam tidak boleh nipis, ketat dan sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh.
* Tudung hendaklah labuh menutupi paras dada.
* Stokis mestilah disarungkan untuk menutup kaki.
* Janganlah memakai rantai kaki dengan niat untuk menunjukkan bunyinya.

Legging bertentangan sama sekali dengan garis pakaian yang ditetapkan oleh Islam.
Maka jelaslah bahawa pemakaian legging di kalangan wanita2 Islam hari ini tidak menetapi
syari'at dan bertentangan dengan kehendak agama.


Penggunaan legging  yang berleluasa di kalangan wanita dan anak2 gadis seperti yang kita lihat
di kolej2 pengajian tinggi, di pusat2 membeli belah, di jalanan dan pasar malam,
menimbulkan suasanakurang sopan. malahan ia menggalakkan pendedahan aurat secara terbuka,
menggalakkan pandangan liar lelaki dan menyebabkan masalah moral yang semakin ketara
kepada masyarakat Islam.

Gadis2 Melayu Islam mesti difahamkan dengan budaya kesopanan dan kesusilaan
masayarakat Melayu. Menjaga adab sopan juga tercermin melalui pakaian
dan akhlak dalam pergaulan.

Bagi anak2 perempuan yang masih di bawah umur kanak2, biasakanlah mereka
dengan pakaian2 yang menepati kehendak agama.
Berseluar labuh dan longgar dengan T Shirt menutupi punggung dibolehkan.
Kefahaman sejak dari awal menyenangkan kita untuk mengawal  akhlak dan tingkah laku
anak2 remaja terutamanya remaja perempuan.

Ada kalanya kita sendiri naik malu melihat gelagat dan pakaian gadis2
yang apabila duduknya menampakkan alur belahan punggung.
Baju di depan terdedah dan terbelah di dada menampakkan lurah buah dada, manakala di belakang pula
terbelah alur punggung. Rasanya mau saja ditarik naik seluarnya.
Tiada lagi perasaan malu kepada orang sekeliling yang memandang.
Tiada lagi perasaan malu kepada diri sendiri.
Maalahan lebih buruk lagi apabila mereka merasa bangga dengan kelakuan
dan perilaku yang buruk itu.
Inilah tanggungjawab yang mesti sama2 kita pikul untuk kita fahamkan
anak2 gadis dan wanita2 Islam.
Perubahan bermula dengan diri kita sendiri.



Fahamkan anak2 gadis kita, rakan2 kita yang mempunyai anak2 gadis,
saudara mara perempuan kita
tentang legging yang bertentangan dengan kehendak agama.


Marilah kita sama2 membendung masalah keruntuhan moral yang semakin membarah dalam masyarakat.
masalah  dan isu keruntuhan institusi keluarga Islam, kes2 perceraian yang semakin meningkat,
pembuangan bayi, meningkatnyamasalah perlakuan  seks haram di awal remaja,
bercambah2nya pusat2 hiburan, ketagihan dadah, ketagihan arak, keciciran dalam pelajaran,
masalah lepak, ponteng sekolah dan lain2.
semua isu2 di atas ada hubung kaitnya dengan cara pemakaian pakaian di kalanagn
wanita dan anak2 gadis kita.

Mudah2an usaha kita yang kecil ini mampu memberikan impak yang besar ke arah melahirkan
masyarakat Islam yang lebih sejahtera dan harmoni.

No comments:

Post a Comment