Followers

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Berangkat ke Cairo

Makan bersama keluarga sebelum bertolak ke Shah Alam
petang tadi. keluarga yang lain pun ada.
Adib sempat merakamkan gambar bersama mama tok, Cik Nur,
Ayah Chik, serta dengan keluarga yang lain.
Kami mendoakan Adib dapat meneruskan pengajiannya
sehingga selesai. Perjuangannya masih panjang.
Adib baru sahaja nak masuk usia 17 tahun pertengahan tahun ini.
Semoga cita2nya terlaksana dengan sempurna.
Adib dikehendaki berkumpul di masjid negeri Shah Alam.
Mereka dijangka berangkat jam 12.15 malam ni di KLIA dengan Egipt Air.
Ibu bapa hanya diminta mengiringi sehingga di sini sahaja.
Pembiayaan sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri selangor

Adib, mama doakan yang terbaik untuk Adib.
Dengan abah di hadapan bunner di perkarangan masjid negeri
Shah Alam jan 4,30 petang tadi.

lebih kurang 500 orang yang mendapat tarikh penerbangan
untuk hari ini 15 Mac.

No comments:

Post a Comment