Followers

Monday, March 7, 2011

Lagi Lagi Tuah

Tuah di dalam sangkarnya sebelum dikeluarkan.
Inilah tempat tidurnya di waktu malam.
Tuah akan masuk ke sangkarnya mulai jam 8 malam sehingga
jam 7 pagi keesokan harinya.

Tengok Tuah...nakalnya dia menonggengkan buntutnya.
ha ha ha...pecah berderai ketawa melihat gelagat si Tuah.

Biasanya selepas bersarapan, Tuah berehat seketika.
Bermain dan bersembang dengan Aisyah, Irah dan Dzul.
Mereka melayan Tuah dengan penuh rasa sayang.

Jika hari cuti sekolah, Irah paling rajin mendokong
dan mendodoikan Tuah.
Berjam2 di dokong Tuah walaupun Tuah tidak suka
didokong terlalu lama.
Mak oii besarnya..tetapi berat badan Tuah dan turut
sedikit hasil dietnya makan Lacto-Lite...
Eh eh bukan Lacto-lite tetapi makanan yang disyorkan
oleh pakar pemakanan untuk Tuah.

Lagi lagi Tuah!!!
Lagi lagi Tuah!!
Tuah sentiasa mendapat perhatian daripada semua keluarga.
Bertuahnya Tuah.

Ini lagi sorang...
tak habis habis dengan Tuah.
Tak ada kawan bermain, Aisyah
bermain dengan Tuah.

Jika ada Sofia dan Dania datang bermain di rumah,
baru Aisyah boleh melupakan Tuah seketika.
Jika tiada kawan lain, Tuahlah
yang menjadi sasarannya.

No comments:

Post a Comment