Salam kegembiraan.
Sabtu lalu aku ke utara menjayakan Seminar Nur wanita di Alor Star Kedah.
Ramai yang hadir, lebih 100 orang.
Penuaan, kedutan, hilang kecantikan?
Itu antara beberapa perkataan yang menakutkan bagi
semua orang terutamanya wanita.
Ternyata, ia adalah proses semulajadi yang tidak mampu ditolak oleh sesiapa pun jua. Apabila usia semakin bertambah, perubahan ketara banyak berlaku dari sudut fizikal...
kulit semakin mengendur dan berkedut, wajah semakin hilang serinya,
kedutan begitu ketara di tepi mata, bibir dan dahi,
tubuh semakin hilang keupayaan, rambut mulai gugur
dan memutih, mata menjadi kabur, banyak penyakit mulai menjadi tetamu, payu dara mengendur dan sebagainya.
Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka mahu mengekalkan kejelitaan walaupun usia tidak boleh diubah.
|
Sewaktu bercuti ke switzerland oktober 2010 yang lalu.
Sebagai wanita berkerjaya apa lagi tugasku hampir setiap hari bercakap di audiens yang ramai, maka aku juga mahu kekal cantik, langsing, sihat dan awet muda.
Penampilan diri sangat aku utamakan.
Tetapipada masa yang sama, aku sangat menitikberatkan aspek memelihara kecantikan
agar kelihatan sangat sihat dan awet muda secara semulajadi.
Tidak perlulah diubah apa2 secara pembedahan, pembedahan plastik,pelbagai suntikan, botox,
sedutan lemak dan sebagainya yang ternyata memberi
kemudaratan kepada tubuh badan sendiri.
Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri hanya semata2 untuk
cantik dan awet muda adalah suatu perkara yang cuba aku jauhi sama sekali. |
|
Sebagai wanita yang sibuk dan sudah mencecah usia menghampiri pertengahan usia,
yang paling aku titik beratkan ialah kesihatan yang baik.
Di samping berusaha mengekalkan tubuh yang langsing, awet muda dan cantik,
maka aku mesti sentiasa rajin dan
berusaha menjaga penampilan diri dan pemakanan.
Secara sedar atau tidak, aku banyak memakan supliment atau
pemakanantambahan sejak 15 tahun yang lalu.
Sejujurnya aku menghabiskan sejumlah peruntukan wang yang besar
untuk pemakanan tambahan.
Oleh kerana tugas dan jadual ku yang tidak menentu, jadual makan juga tidak menentu, bekerja sehingga ke pagi, maka aku mesti mempunyai bekalan pemakanan tambahan yang cukup untuk memastikan keupayaan bekerja serta kekal bertenaga.
Sejak 15 tahun yang lalu, aku mula mengambil Daily, Kalsium Magnesium, Bio C Plus, EPO, Lecithin E, billberry, Protein Soya, Garlic, herba Maharani, Celgynic,
Lacto-Lite, jus delima dan Spirulina
Jika berkesempatan, selepas menghantar anak ke sekolah, aku akan berjalan
sekitar taman perumahan bersama suami untuk selama
setengah jam sehingga satu jam. peluh juga keluar di samping menguatkan otot2 badan. |
|
Wajah yang dijaga dengan rapi dan sempurna
sangat berbeza hasilnya.
Dari segi penjagaan wajah pula, sejak 15 tahun yang lalu aku kekal
menggunakan jenama Artistry untuk wajahku. Bukan hanya set penjagaan
asas yang terdiri daripada cleanser, toner dan mouisturiser.
Malahan aku ku juga mnggunakan alat tambahan seperti
eye gel, night cream, day cream,
serum, LX cream dan sebagainya.
Sejak Bio Ever ada, maka dua kali sehari pasti aku akan mengusapnya
di leher, lengan dan perut.
Dua minggu sekali aku akan ke saloon Face & Body di Bandar Puteri
untuk membuat perawatan wajah secara intensif.
Dari segi pemakanan pula, aku mula mengurangkan pengambilan makanan
yang berlemak dan manis. Ditambah dengan usia yang semakin meningkat,
pengambilan nasi juga turut aku kurangkan.
mengambil air yang mencukupi amatlah penting untuk membantu melembabkan badan, membantu proses pencernaan, membantu proses perpeluhan dan juga
mengelakkan sembelit.
Sikap yang positif, tenang dan banyakkan berdoa juga boleh menjadikan kita lebih sihat.
Banyaklah bersabar dan reda apabila didatangi ujian.
Banyaklah berserah dan berdoa agar kita terus diberi kesihatan yang baik
dan sempurna sehingga ke hujung usia.
Inilah antara usaha2 berterusan yang aku lakukan untuk kekal sihat, cantik dan awet muda.
Jika kita malas berusaha, tidak mungkin kita akan kekal cantik.
Adalah suatu yang malang andainya kita kelihatan
jauh lebih berusia berbanding usia kita yang sebenar.
Cantik dan sihat sepanjang usia adalah dambaan semua wanita.
Bagaimanapun, usaha yang berterusan dan kesungguhan adalah kunci sebenar
kepada hasil yang baik dan berpanjangan.
|
No comments:
Post a Comment